Thursday, January 21, 2016

The reality of life.

Lama aku biarkan segala jalan cerita, dalam aku meniti pelbagai arus dalam kehidupan. Ya Allah, segala usaha berakhir sudah. Aku belajar menjadi seorang perempuan yg baru buat hidup aku sendiri. Pengajaran banyak mengajar aku pelbagai erti dalam kehidupan. Aku tak lalai dalam perhatikan tiap sesuatu yg aku tempuh, sampai aku rebah dan harus bangkit semula. Aku berkorban dengan setiap daya yg aku ada untuk terus maju kehadapan. Ketabahan dan kekuatan yg utuh amat diperlukan andai mahu meneruskan kehidupan. Aku meniti satu persatu, aku tidak mengemis pada sesiapa untuk membantu aku. Walau aku tidak mempunyai kekuatan normal seperti yg lain, tapi aku menggunakan seluruh kudrat yg ada untuk membanting tulang hidup aku sendiri. Aku cuba hadapi semuanya dengan tenang kerana aku tahu, Allah swt sentiasa ada perhatikan apa yg cuba aku lakukan dan apa yg aku sedang hadapi. Aku berdoa agar setiap langkah yg aku jalani, masih ada yg terbaik buat diri aku sendiri. Aku percaya bahawa Allah swt menetapkan sesuatu yg lebih indah buat aku, namun belum tiba masanya. Maka aku belajar menerima setiap apa yg datang dan aku terima apa saja yg menimpa diri aku bahkan juga dengan kata kata yg keluar daripada mulut orang, maki hamun dan segala cacian. Aku redha.

Aku sudah puas dengan drama drama kehidupan, umpama aku menghafal dialog untuk berhadapan dengan semua alam kehidupan. Aku sebak mengingatkan apa yg menimpa diri aku sendiri. Kadang gembira, kadang berduka. Aku puas memendamkan semua sakit yg ada untuk berhadapan dengan semuanya. Sudah menjadi adat dalam kehidupan, ada benci ada sayang. Aku percaya tiada insan yg mahu dibenci. Aku sentiasa menggunakan prinsip sabar dalam menghadapi segalanya. Aku sentiasa memberi peluang pada yg lain kerana aku tahu, semua orang layak diberi peluang kedua. Walaupun hal itu sakit untuk aku tempuh, namun aku tak berputus asa. Aku sedar aku cuma perempuan biasa yg juga ada hati dan perasaan. Walaupun aku tak sempurna luaran, namun aku cuma mahu semua orang tahu hati aku tinggi nilainya. Aku biarkan orang buat apa saja pada aku, kerana aku tahu Allah swt maha Mengetahui segalanya. Kadang manusia tak pernah berlaku adil, mereka hanya tahu menghukum saja. Mereka tak pernah sedar, kita semua manusia dan semuanya sama. Teruk aku dihina dengan seorang insan, buatkan aku sedar sakitnya bertemankan seseorang yg kita tak pernah tahu kisah sebetulnya hidup dia. 

Mungkin silap aku yg meletakkan kepercayaan yg tinggi sedangkan aku tahu apa yg bakal terjadi. Aku terima apa yg diduga demi menguji kekuatan dan kesabaran aku sendiri. Aku tak lupa pada yg sudi datang menghadirkan diri untuk membahagiakan dan sudi menghulurkan tangan apabila aku terjatuh. Aku sedar, hati manusia berubah-ubah. Namun aku tertanya pada diri sendiri, kenapa mereka sedia taburkan janji sedangkan mereka tak tahu bila waktunya mereka akan tunaikan dan sampai tak mampu tunaikannya? Atau mungkin mereka taktahu, sakitnya bermain dengan janji. Saat janji dilafazkan, ia umpama memberi satu harapan yg tinggi. Saat janji tak ditunaikan, ia umpama seluruh bangunan yg roboh tak mampu berdiri lagi. Detik ini, aku harus sedar bahawa semuanya telah pun berubah dan tak sama macam yg awalnya. Aku harus tarik nafas yg paling dalam untuk mencari semangat hidup yg baru. Aku tak mahu berterusan sedih sebegini rupa dengan harapan palsu yg diberikan. Kerana aku percaya, kifarah itu wujud. Allah swt yg menentukan segalanya dan aku cuma mampu merancang apa yg baik buat diri dan hidup aku. Bila kita percaya selepas hujan ada pelangi, aku juga percaya lepas derita ada bahagia. Kesabaran adalah kunci kepada kebahagiaan dan kegembiraan. Umpama sebuah lukisan takkan sempurna andai tiada warnanya. Jadi, aku cuba jadi diri aku sendiri. Biarpun aku dilihat tak sempurna dimata orang lain, cukuplah Allah swt tahu apa niat yg tersimpan dalam hati. Aku cuba lupakan segala pahit sebaik yg mungkin. Sungguh, aku letih dengan semua arus kehidupan yg tak pernah berlaku adil dipihak aku. Namun aku sentiasa cuba terima baik buruk sesiapa saja yg sudi ada untuk aku. Tapi tak pernah aku dapat semua tu sama seperti apa yg aku lakukan. Aku redha.

Kini makin dewasa, makin aku cintakan keluarga. Setiap apa yg aku lakukan, adalah semata-mata buat mama dan ayah yg sudah banyak berjasa dalam membesarkan aku. Walaupun aku bukanlah seorang anak yg baik seperti bidadari yg jatuh dari Syurga, namun sayang aku pada mereka teramatlah mendalam. Tak siapa yg tahu, aku menangis bila teringatkan mereka dalam setiap kerja yg aku lakukan. Aku selalu mendoakan kesejahteraan mereka dimana jua mereka berada. Andai ditakdirkan pergi, biarlah aku sempat membahagiakan mereka dan lepaskan segala tanggungjawab aku. Pernah aku datang ke tempat ayah bekerja, entah kenapa hati aku kian sebak melihat ayah bekerja keras dalam kesibukannya melayan setiap orang yg datang. Dalam penat keadaan mama balik dari bekerja jauh, aku tak lupa cuba untuk gembirakan dia. Aku selalu rindukan air tangannya yg tak pernah kalah dalam menghidangkan setiap makan minum buat keluarga. Walaupun dia letih bekerja, dia masih memasak agar yg lain tak kelaparan. Itulah mama, satu dalam sejuta dalam hidup aku. Aku takut andai satu masa nanti aku mengecewakan mereka. Namun aku masih cuba jadi yg terbaik selagi mana aku mampu. Tak keruan aku mengingati saat aku mendapat pangkat dalam Darjah Enam Khas, airmata mama menitis memeluk aku yg berasa begitu berbangga dalam melihat kejayaan yg aku peroleh. Tak lupa juga waktu aku disiarkan dikaca tv dalam bidang Fotografi, mendengar suara kegembiraan ayah yg excited tengok aku dikaca tv. Lemahnya aku waktu itu cuma Allah swt saja yg tahu. Ya rabbi bahagianya mereka apabila melihat aku berjaya. Dari situ aku mula belajar untuk tak pernah kecewakan mereka dalam apa yg aku mampu lakukan. Meskipun aku tak terlalu bijak dalam semua jurusan, namun aku masih menjaga nama baik keluarga. Moga Allah swt permudahkan segala urusan hidup aku dunia dan akhirat, amin.