Monday, December 7, 2015

Suratan takdir.

Sekian hari demi hari, aku masih begini. Menanti pada yg tak pasti. Aku berasa sunyi, dan hari aku tidak lagi seperti biasanya. Aku rindu pada insan yg tak lagi bersama aku, seperti dulunya. Aku rindukan kehadiran dia yg sentiasa sudi mengukirkan senyuman dibibir. Gelak tawanya buatkan aku geli hati untuk ketawa bersama. Tiada hal yg aku lebih gemar selain menyakat ketika dia ada disamping aku. Aku sedar, aku punya banyak kekurangan yg tak mampu aku lengkapkan dgn sempurna. Namun, aku masih terus mencuba yg terbaik. Kehadiran dia dalam hidup aku, mengajar aku erti sebenar kehidupan dalam suatu perhubungan. Perlukan kesabaran dan pengorbanan yg utuh andai hati ada cinta. Aku korbankan segala jiwa dan raga yg tersiksa ini buat dia bahagia. Aku tahu, jodoh itu rahsia Allah swt. Namun begitu, inilah masanya aku belajar erti kesabaran yg tinggi buat persediaan dilain hari. Aku cuma mahu jadi yg terbaik. Biarpun aku tak dapat membaca hatinya, biarlah dia faham tentang tulusnya hati aku cintakan dia. 

Ya Allah, kau didiklah aku supaya menjadi seorang gadis yg baik. Awalnya aku fikir, dia mampu terima aku seadanya. Aku menghadap segala cerita tentang aku dan dia, untuk aku lihat siapa yg lebih tulus hatinya. Aku selalu silap depan mata dia. Hampir setiap hari tak keruan aku memikirkan, dimana silap aku yg paling besar sehinggakan dia layan aku sebegitu rupa. Aku cintakan dia, ya rabbi. Laju airmata aku menitis, terkenangkan segala-galanya. Ya Allah, sakitnya hati tak terkata. Apalagi yg perlu aku buat? Aku rebah. Aku tak pernah simpan rasa putus asa dalam meneruskan sesuatu perjuangan. Namun, aku tetap bangkit sendiri demi diri aku sendiri. Aku ketawa depan semua orang, agar aku terlihat bahagia. Siapa tahu apa yg aku rasa? Aku cukup tersiksa dgn sejuta perasaan yg tak terungkap ini. Kadang aku berasa, aku perlukan seorang teman untuk menjadi tempat mengadu. Tapi tak semudah itu. Aku faham, takkan ada yg dapat rasa seperti apa yg aku alami. Aku memilih untuk simpan dan pendam. Dengan menangis, aku dapat legakan sikit demi sikit. Maafkan aku, aku dah tak berdaya.

Sesetengah orang kata, kalau kita nak tahu siapa kita depan mata dia, kita tengok waktu dia marah. Apa yg dia cakap dekat kita, itulah kita depan mata dia. Makin laju airmata aku bila aku baca nota seperti itu. Aku berbelah bagi. Aku masih menantikan jawapan untuk aku meneruskan perjalanan hidup aku. Aku dah tak sanggup lagi bertahan dengan situasi yg sakit sebegini. Aku ada perasaan sebagai seorang wanita, ya Allah. Aku membuat keputusan untuk berhenti disini saja. Cukuplah dengan segala penderitaan yg sudah puas aku pertahankan. Waktu aku dilakukan sebegitu rupa, tiada siapa yg memahami selain diri aku sendiri. Aku dihina, aku dibuang, aku dicaci dengan senangnya. Aku tutup segala keaibannya depan orang tua aku. Aku senyum di depannya sebagai tanda aku gembira setiap kali dia ada disamping aku. Aku perlukan dia untuk terus ada diwaktu jatuh bangun aku. Ya Allah, terima kasih kerana pinjamkan dia buat aku. Kau titipkan dia buat menguji kesabaran & kesetiaan aku. Aku dah cuba melakukan segala-galanya buat dia ya Allah. Biarpun tiada siapa yg memahami, namun engkaulah sebagai saksi. Aku terima seadanya dia dalam hidup aku. Dimarah, dipukul, dibuang, dihina, dicaci, aku masih lagi senyum buat dia. Namun aku masih dipersalahkan. Aku turutkan segala kehendaknya, namun aku masih bukan yg terbaik buat dia. Ya Allah, biarlah segala apa yg aku lakukan buat dia itu dia jadikan sebagai kenangan. Cuma itu yg aku mampu tinggalkan untuk dia. Tiada lagi harapan yg tersimpan selepas aku diperlakukan begini. Aku tak berdaya lagi untuk terus merayu seperti pengemis dan menangis memendamkan apa yg dia lakukan saban hari. Jagakan dia untuk aku, ya Allah. Andai dia jodoh aku, kau lindungilah dirinya. Aku serahkan segalanya pada takdir. Semoga aku diberikan kekuatan untuk menghadapi segalanya. Amin. 

MSBA ♥ NABMH