Sunday, February 7, 2016

Syukurlah...

Allahu rabbi, di sini aku mahu ungkapkan perasaan aku sekarang. Terlalu besar makna hikmah yg engkau berikan pada waktu ini. Baru aku sedar, kebahagiaan selepas penderitaan itu benar wujud. Setelah bertahun aku sabar menempuh segala penderitaan dan kekecewaan, hari ini kau buka mata aku untuk melihat roda dalam kehidupan. Kata orang, what goes around comes around. Tak sia-sia aku merintih sepanjang hari, berdoa setiap langkah, melawan perasaan untuk kental menghadapi segalanya, akhirnya kini aku faham erti kifarah. Dulu, aku tekad untuk tabah menghadapi segala permainan dalam kehidupan. Aku tak pernah puas menangis berhadapan dengan semuanya. Aku luahkan semuanya pada engkau, ya Allah. Kau saja saksi atas segalanya. Aku bersyukur atas segala nikmat yg kau berikan, ya Allah. 

Tak pernah aku sangka, dia berubah sebegitu rupa. Perubahannya kini buat aku berasa sebak. Walaupun aku keliru sama ada dia jujur ataupun tidak, namun aku masih perhatikan dia. Kata-kata yg keluar daripada mulut dia beberapa hari yg lepas, buatkan aku tak berhenti rasa bersyukur. Siapa sangka setahun sudah aku menangis kerana dia, akhirnya dia mampu jadi seperti apa yg aku inginkan selama ini. Hati aku yg lama punah, semakin membaik pulih. Dia cuba berbaik dgn aku sentiasa. Tiada lagi marah, kata-kata kesat, maki hamun macam dulu lagi. Beberapa hari dia menghilangkan diri dan kembali semula dengan harapan yg baru buat aku. Terima kasih ya Allah, aku sebak. Yg aku harapkan kini, perubahan dia bukanlah seketika saja. Sepanjang aku menjadi teman hidup perempuan disisinya, aku cuma mahu dia menjadi lebih matang dan lebih memahami dalam banyak perkara. Biarpun aku nampak bebal kerana masih berdiri disisinya setelah apa yg dia buat, tak apa lah bagi aku. Kerana cuma aku saja yg tahu apa yg aku mahukan. 

Andai dia jodoh yg telah Allah tetapkan untuk aku, aku cuma memohon agar Allah jagakan dia sentiasa untuk aku. Aku berharap agar semuanya menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Aku sayangkan relationship ni, ya Allah. Andai dia yg telah kau tulis untuk aku, kau permudahkan segala urusan kami dunia & akhirat. Aku redha dgn segala ketentuanMu, ya Allah. Kau hadiahkanlah yg baik baik buat kami, amin ya rabbal alamin.