Tuesday, December 1, 2015

Life & Love ♥

Ya Allah, kenapa perasaan rindu tu terlalu kuat untuk dihadam? Aku dah cuba sedaya upaya untuk lupakan semuanya, tapi aku masih tak mampu. Aku rindu, aku rindukan semuanya. Aku bersyukur sebab Allah hadirkan dia dalam hidup aku. Tapi aku tak faham, kenapa peritnya perasaan bila berjauhan dari dia? Terlalu berat ujian yg Allah beri untuk aku. Boleh gila, setiap hari teringatkan dia. Dalam masa yg sama, hati aku masih tak dapat disembuhkan. Cukuplah aku rasa dgn apa yg dia buat pada aku selama ni. Aku tersiksa. Aku dah tak daya tanggung luka dgn menangis setiap hari bila imbas semula perbuatan dia. Hati aku sakit, perit sangat. Aku tak terbayang betapa gagahnya aku sabar dgn semuanya, hanya untuk pertahankan aku dan dia. Memaafkan memang senang, namun untuk melupakan ambil masa yg terlalu lama. Kini, hati semakin suram. Hari demi hari, aku terasa sunyi tanpa teman bergaduh lagi. Aku akui, aku terlalu sukar untuk jadi perempuan paling sopan dan paling lembut. Aku selesa dgn diri aku sendiri. Aku lebih suka bergurau tak kiralah dekat manapun. 

Hal yg paling bermakna dalam hidup aku, waktu first dia datang jumpa aku. Argh rindunya! Seriously, aku tak expect pun dia akan datang jumpa aku. Tak silap, satu hari before aku operation. Dia datang lawat aku dgn kawan dia. You know what? Time tu, family aku baru je beredar dari katil aku sbb diorang dah seharian temankan aku. After diorang balik, I thought it was Maghrib time. Aku nak baring, sebelum tu aku tertoleh dekat bahagian orang keluar masuk ward. Lepastu ada dua orang mamat ni terjenguk-jenguk, tapi aku kenal lah dia kan. Lagi sorang kawan dia tu aku tak kenal. Dup dap dup dap, aku tertanya dalam hati "Eh dia buat apa kat sini? Takkan nak jumpa aku?" Sebabnya, aku tak pernah berkawan pun dgn dia. Tegur gitu gitu pun aku tak pernah, sekali dua jelah setakat kacau kacau. Sebab dia budak nakal dekat sekolah ((selalu buat perangai dgn geng dia)) Aku toleh sekali imbas tu, aku terus baring buat buat tidur. Tiba tiba ada orang panggil nama aku. Aku pun bangun toleh belakang, dia datang katil aku. Aku tanya "Eh buat apa dekat sini?" Dia jawab "Nak jumpa Mieka lah" Aku tak tahu nak cakap apa, rasa mcam nak ketawa je sebab tak expect lah dia akan datang. Dia pun duduk sebelah katil aku dgn kawan dia. Sepanjang dia duduk situ, aku tak tahu nak berbual apa dgn dia. Dia je yg banyak berborak dgn aku, buat aku ketawa dgn kawan dia. Dah nak dekat pukul 8pm macamtu, dia minta izin nak balik. Before balik, dia ada tanya aku "Nak makan apa apa tak? Kalau nak, orang belikan" Aku cakap "Eh takpalah, takpayah lah" Dia kata "Eleh nak lah tu, tunggu jap" Dia terus pergi dari situ dgn kawan dia. Aku ingat dia dah terus balik. At last dia datang balik, dia bagi burger mcd. Dia kata "Eh nanti makan tau, jgn tak makan. Nanti kita chat eh." Then dia dah balik tu, aku chat lah dia cakap terima kasih. Dia reply chat aku, chat punya chat, dia nyanyikan lagu lah apa semua. Dia jadi caring gila dah time tu. But ya, aku tak letak harapan apapun. Sebab aku pun tak kenal dia sepenuhnya, so aku layan dia gitu gitu jelah. 

Esoknya aku operation. 8 jam aku dalam bilik operation. Keluar je dari ward operation, aku terus terlantar atas katil ditemani mama sebelah katil. Lemah sangat, tak boleh nak buat apa apa langsung. Satu jam lepastu kalau tak silap, tiba tiba dia datang lagi. Kalini, dia datang sorang. Baju merah, seluar tracksuit hitam, kasut converse coklat pudar, beg tepi. Dia datang terus salam mama, aku mampu tengok je then terus terlelap. Sebab memang takda daya sangat masatu. Tapi aku dengar lah juga apa yg dia berbual dgn mama. Mcam mcam mama tanya dia, dia jawab jelah. Tapi dia datang tak lama, maybe sebab ada mama so dia berapa selesa. It's okay. Then dia cakap dgn mama, dia nak balik. Aku terus buka mata, cakap dekat dia "Eh kan hujan, mcam mana nk balik?" Dia kata "Eh taklah, mana ada hujan" Dia salam mama, then terus balik. Tiba tiba aku rasa sedih pula bila dia nak balik. Rasanya mcam tak puas dengar suara dia. Tapi sebab lagipun kitaorang bukan siapa siapa masatu, so aku biasa biasa jelah. Aku trauma nak letak harapan dekat lelaki lagi, sebab aku dah serik. Then since on that time, dia lah yg teman siang malam aku sampai doktor kata aku dah boleh balik rumah. Even aku dah balik rumah pun, dia still layan aku mcam biasa. Makin hari, dia makin rapat dgn aku. Non stop buat aku ketawa, sampai aku rasa "Beruntungnya siapa yg dapat dia ni" but I'm still tak expect apa apa from him. Tiap kali midnight, dia mesti call aku. Rajin sngat temankan aku. Dalam call, dia tak pernah takda cerita yg dia nak share. Lagi lagi pasal motor, pasal race. Because ya, dia kan mat rempit. Haha so dia cerita jelah pasal race kan. Tapi tulah, aku tak suka part part mcamtu tapi aku layan jelah. Dalam hati aku "Ala cepatlah habis cerita dia ni" Dia cerita banyak sangat, sampai takda bahagian aku nak cerita. Happy, happy gila.

Dia baik sangat dgn aku. Yg peliknya, dia nak pergi mana pun dia bagitahu aku time tu. Aku pun dah start suka cara layanan dia. Tapi aku still berjaga jaga, taknak lah nanti aku yg kecewa sebab letak harapan terlalu tinggi. Aku layan dia, selagi dia layan aku. That time was S.K 3.0 dekat Nusajaya. Dia cakaplah dia nak pergi sana dgn kawan dia apa semua. Aku tak halang, sebab itu kan minat dia. But u know what? Time dia dekat sana pun, dia whatsapp aku. Dia send semua gambar dia dekat sana dgn kawan kawan dia. Paling kelakar, the part dia send gambar dia selfie dengan bangla jual ice cream. Aku tak stop ketawa. Dia suruh aku tunjuk dekat mama, then aku tunjuklah. Mama tengok, mama ketawa je. Semua gambar dia, aku tunjuk dekat mama ayah. The weird thing is, mama ayah became nothing. Aku tak pernah tunjuk gambar mana mana lelaki dekat diorang. Tapi aku tunjuk gambar dia, mama ayah tak marah, and they didn't ask me any thing. Aku pelik tapi baguslah, maknanya takda penghalang untuk aku berkawan dgn dia. One day, dia suruh aku beli sim digi buddyz sebab ada free call. So dia senang nak call. Makin hari, makin rapat and makin selesa dgn dia. Slow slow aku dah sihat, aku tak bosan sangat sebab dia selalu teman aku. 

Well, you know what? Aku bahagia sangat. Aku hargai kehadiran dia dalam hidup aku. But ya, hati manusia boleh berubah bila bila masa. Aku selalu mengharapkan yg terbaik from him. Idk why, I do love him more than what he knows. Aku tak ready nak hilang or lepaskan dia pada orang lain selain aku. Tapi aku takda kuasa nak tentukan semuanya, Allah swt lebih berkuasa. Aku cuma mampu berdoa setiap hari supaya semuanya berjalan dengan lancar. Aku masih tak lupa setiap janji, setiap kata kata yg mampu buat aku menaruh harapan yg tinggi dalam diam. Perasaan ni datang sejak awal dia datang dalam hidup aku. Aku rasa sebak bila terbayang macam mana relationship aku dengan dia pada masa akan datang. Sedangkan satu minit pun mcam mcam boleh terjadi, apatah lagi berbulan bulan yg harus ditempuh? Peritnya, Allah swt saja yg tahu. Aku cuba untuk terus senyum dan terima setiap dugaan yg menimpa diri aku dengan sebaik baiknya. Kehidupan kita mempunya setiap babak tersendiri. Tanpa kita sedar, semuanya dilakonkan tanpa perancangan. Sebenarnya, aku serik memikirkan sakit yg takkan pernah henti. Aku letih untuk terus menjadi watak dalam setiap cerita yg aku sudah tahu pengakhirannya. Tapi aku masih teruskan semuanya, kerana aku cuba untuk mencari pengalaman & pengajaran yg baru dalam hidup kerana kedua-duanya mampu mendewasakan kita. Bukan aku cuba perbodohkan diri aku sendiri, namun aku seronok ada dalam satu situasi yg baru tanpa diduga ianya akan tiba. Hampir setiap hari, aku terbayangkan apa yg telahpun aku alami selama ini. Argh tersiksa hati aku dibuatnya. Merelakan perasaan sakit demi insan tercinta, sehinggakan hati sendiri bertaburan ditanah maasih berlumuran darah. Tiada siapa pun yg membantu untuk perbaikinya, malah aku perbaikinya sendiri hari berganti hari. 

Andai hati aku mampu berbicara, dah lama dia kata rindu pada setiap masa. Bila ada sayang, ada lah rindu. Andai tak sayang, mana datangnya rindu bukan? Aku berasa hambar setiap kali dia kata aku adalah perempuan yg jenis melayan. Aku tak tahu dari mana datangnya punca dia tergamak kata aku spesis perempuan seperti itu. Andaikan dia tahu mcam mana setiap hari aku simpan nama dia dalam hati, indahnya dunia. Tapi aku sedar, dia takkan pernah jadi yg seperti itu. Walhal aku kenal dia tak sampai 2 tahun. Tapi aku seolah-olah mengenali setiap pergerakan, sifat dan sikap luar dalam dia. Semuanya melalui mata, kerana mata tak pernah menipu. Sedangkan aku tahu ada yg dia sorokkan daripada aku, namun aku dapat membacanya. Ya rabbi, apalagi mahu aku kata? Sudah banyak aku alirkan ke sungai tentang semua duka yg aku rasakan. Aku bersyukur kerana Allah swt pinjamkan dia buat aku merasai kebahagiaan itu benar benar wujud andai kita tidak pernah berhenti bersabar untuk mendapatkannya. Aku selalu cuba menjaganya dengan begitu baik. Walaupun aku sudah tahu, jodoh itu milik Allah swt. Setiap kali aku melihat dia, aku berasa sayu. Aku rasa seperti ada yang kehilangan. Aku cuba mencari jawapan, namun tak aku jumpa. Sakitnya aku pendam, hendak diluahkan tapi tak ada yg faham. Jadi, sabarlah aku dengan kehidupan seterusnya. Aku mendoakan kesejahteraan buatnya. Aku tidak menjanjikan aku bakal menjadi yg sempurna, cukuplah sekadar dia tahu apa yg aku cuba buat untuk dia selama ini. Mungkin sudah tiba masanya, aku menerima apa yg bakal terjadi selepas ini. Geli hati aku terkenangkan setiap waktu berjumpa dengannya, berkepit saja mcam belangkas. Tak mahu dilepas. Tapi sampai bila? Biarlah aku belajar menerima hal yg baru. Aku berhasrat untuk meneruskan pembelajaran aku sepanjang hayat selagi masih ada rezeki buat aku diluar sana. Amin. Aku bercita-cita tinggi untuk jadi seorang gadis yg berjaya. Aku berangan-angan untuk mempunyai kerjaya seperti mereka diluar sana. Semoga ada rezeki buatku ya Allah, amin ya rabbi. 

Aku berharap, dia sentiasa dalam keadaan yg baik baik saja. Aku cuma mahu dia faham suatu hari nanti, betapa sukarnya kita untuk mendapatkan pengorbanan kasih sayang seseorang dalam hidup andai kita tidak menilainya dengan betul. Aku mahu menjaganya seperti mutiara yg baru aku beli, masih berkilau kelihatannya. Digilap setiap hari agar tampak berseri. Mampukah aku ya Allah? Sesungguhnya, engkau saja yg tahu. Pernah ada seorang rakan aku menangis pabila mendengar luahan hati aku. Sebak katanya melihat aku terus dipermainkan. Aku masih tak lupa perkataan yg keluar daripada mulutnya membuat semangat aku kembali semula. "Allah takkan uji kau sampai mcam ni kalau dia tahu kau tak kuat. Dia sayang kau, percayalah kau akan bahagia" airmata aku berlinang laju dipipi. Tak dapat dihentikan bagai hempedu rasa pahitnya. Aku tidak tahu dimana mahu aku hentikan semua penderitaan ini. Cuma yg aku tahu, andaikan dia bakal pergi dari hidup aku buat selamanya, aku pasti bakal merinduinya sentiasa. Takkan pernah aku singkirkan segala kenangan antara kami berdua. Segala suka duka, kami masih cuba untuk tempuhi bersama. Mereka kata, itulah kebahagiaan yg sebenar. Ada gaduh, ada baiknya. Andai dia jodoh aku, Allah swt pasti aka menyimpan dirinya buat aku. Andai aku adalah teman hidupnya, mudah mudahan hati aku terbuka untuknya sentiasa. Aku bahagia bila dia selalu ada bersama aku. Aku rasa diri aku sempurna dan dijaga. Namun tak pernah aku luahkan hal itu kepada dia. Setiap kali dia ketawa, aku juga mampu ketawa semula meskipun saat aku bersedih. Aku rindu suara dia yg sering menyakat hati aku dan membuat aku rasa aku sudah ada teman segalanya. Ya Allah, dia terlalu berharga buat aku. Disini saja aku mampu melepaskan segala perasaan suka duka, kerana aku terpaku setiap waktu dia berada disamping aku. Lembutkan lah hatinya ya Allah, aku disini sentiasa mendoakan yg terbaik buat dia. 

Nurul & Syafiq ♥