Saturday, August 15, 2015

Permulaan...

Ya Allah, aku harus kuat jalani semuanya lagi. Aku tahu, semuanya takkan balik jadi yg dulu. Tapi aku rindukan kenangan yg pernah dicipta bersama. Aku rindu dgn layanan baik dia pada aku, suara manjanya, pujuk dia, gurau dia, semua tentang dia. Aku tahu, aku tak sepenting yg dulu lagi. Tapi pesan kawan, aku perlu sabar hadapi dia jika aku masih cintakan dia. Jadi, aku cuba dan aku akan terus berusaha jadi diri aku yg baru. Aku tak mahu lagi rumitkan keadaan dia. Aku tak nak satu saat nanti, dia bencikan aku. Biarlah skrg, aku korbankan apa yg harus aku korbankan, yg terbaik untuk aku dan dia. Andai kata aku dah lelah nanti, aku akan berhenti dgn sendiri. Ya Allah, kini cuma engkau saja yg fahami situasi aku. Entah pada siapa aku hendak mengadu selain kau saja yg paling mengetahui. Ya Allah, kau lindungi lah dirinya untuk aku selama aku bernafas di muka bumi ini. Meskipun dia bukan lagi punca aku ketawa mcam dulu, tapi janji aku pada dia belum lagi terpadam. Aku tak pernah minta diri aku untuk bencikan dia. Kau tabahkan lah hati aku untuk semua ini selagi aku masih terdaya, ya Rabb!

Aku tak pernah menyesal kenal dia, aku tak pernah menyesal kenapa Allah temukan aku dgn lelaki seperti dia. Bahkan aku bersyukur, sbb aku bnyak belajar bersabar dgn dia. Aku pernah dijaga dan dibahagiakan dgn sempurnanya. Dia pernah sabar dgn karenah aku, dia juga pernah terima aku dgn seadanya. Aku tahu, bnyak kali hati aku dilukakan. Tapi apakan daya, hati aku masih mahu terus terima dia. Aku sayangkan keluarga dia, mcam keluarga sendiri. Aku tak pernah serapat ini dgn keluarga yg lain. Ya Allah, aku bersyukur. Aku berharap andai satu hari nanti dia tak lagi cintakan aku, akan ada pengganti aku yg mampu menjaganya dgn lebih baik. Aku sedih terkenangkan semuanya, ya Tuhan. Sungguh aku jujur, aku dah tak berdaya. Tapi kenapa aku masih bertahan? Aku cuba cari jawapan dalam diri aku sendiri. Kata orang, kalau sayang tu menyiksakan, tak usahlah diteruskan. Tapi aku sendiri jadi tak faham dgn diri aku, kenapa aku masih bertahan walaupun hakikatnya sakit tak terkata. Lama aku tunggu dia jadi yg dulu, tapi masih gagal. Aku tak tahu mana perginya kekuatan aku yg dulu, aku sebak sngat ya Allah. Lama aku tak dengar "sayang, okay tak?" "sayang penat eh, kesian dia tidur lah eh" aku selalu teringatkan semua tu. Aku jadi lemah, menangis sendiri. Aku dah tak larat lagi. Tapi aku tetap akan terus cuba jadi yg baik untuk dia, sampai aku lelah sendiri. Kata orang, sabar tu ada hikmahnya. Jadi aku takkan putus asa untuk terus bersabar sepanjang hari. 

Aku teringat. Dulu aku tak biasa panggil dia sayang atau dgn panggilan yg dia mahukan. Aku rasa janggal untuk cintakan org lain. Tapi dia sedarkan aku, dia buka mata aku untuk lihat siapa yg lebih baik. Perlahan lahan aku mula sedar, dia tak pernah henti melayan aku dgn baik, dia tak pernah ungkit apa apa yg buat dia terasa dgn sikap dan layanan aku. Dia terus buat aku ketawa, sampai aku sedar siapa dia yg sebenarnya untuk aku. Aku selesakan diri aku dgn dia, aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati aku bila dia takda. Aku tak pernah nampak yg lain depan mata, selain dia. Aku selalu anggap, dia ada temankan aku dimana mana. Bagi aku, dia cuma dia. Sekalipun ada yg cuba tarik perhatian aku, aku masih susah untuk beri layanan yg sama. Tapi disetiap aku sendiri, aku tertanya dalam diri aku, pernah tak dia tahu betapa susahnya untuk aku menjaga hati ni untuk dia? Sampai dia mampu maki hamun dan menghina aku sebagai perempuan dia. Aku kecewa. Hati aku hancur berkali kali tak mampu dipulihkan sendiri. Aku cuma berharap satu hari nanti, dia nampak keikhlasan aku dalam mencintai dirinya. Meskipun dia tak berharta, dia tak sebaik lelaki lain, tapi aku masih mampu menerima dan memaafkan setiap perbuatan dia. Aku nak dia tahu, aku tak sama mcam perempuan lain yg dia anggap. Aku nak dia faham, aku sayangkan dia tak sama mcam perempuan lain yg pernah sayangkan dia. Aku masih ingat tiap janji yg dia pernah ucapkan, namun tak pernah ditunaikan. Andaikan dia tahu aku berpegang kuat dgn segala janji, kerana aku anggap dia begitu penting dalam hidup aku. Peritnya aku rasa tak dapat diungkapkan. Kini, aku harus berhadapan dgn semuanya dgn penuh kesabaran. Aku cuba untuk terima segalanya daripada dia, ya aku cuba. Kuatkan aku, ya Rabb. Bismillah...