Wednesday, August 12, 2015

Apa khabar sayang?

Aku hitung hari demi hari, aku masih mencari kemana hilangnya dia pada pandangan aku. Aku rindu, rindu semuanya. Aku terimbas kembali semuanya, aku tersenyum sendiri. Banyak kali aku dilukai, aku terguris dihati. Perit yg lama dia taburi, aku masih tak dapat lupakan sehingga kini. Aku tertanya tanya, dimana salahnya aku sebagai prmpuan dalam hidupnya. Aku dihadirkan untuk mengubah cara hidupnya. Aku pernah tahu serba sedikit masa silamnya, aku cuba untuk terima disebaliknya. Meskipun sakit, aku tetap telan perlahan-lahan. Kerana aku belajar memahami, bahawa tiada semua orang yg sempurna dalam dunia. Jadi aku terima siapa dia, bagaimana rupa dia, sikap dia dan semua tentang dia. Sekalipun dia bukan orang kaya, aku masih terima dia dgn hati yg terbuka. Aku akui, awalnya aku bahagia. Aku terasa, bahagia mmg wujud. Aku sempat merasa bahagia itu mmg wujud depan mata. Dia tak gerun buat aku ketawa setiap masa, dia bnyak beri semangat untk aku teruskan hari hari aku macam biasa. Dari situ, aku mula mengenali "oh, mcamtu lah orangnya." Aku tak pernah bergantung harapan pada dia, sbb aku tahu dia tak mgkin pilih aku untk jadi teman hidupnya. Tapi siapa tahu, jodoh itu rahsia Allah. Allah pinjamkan dia untuk aku, walaupun seketika saja. Aku bersyukur.

Aku sudah cukup lelah dgn setiap pertengkaran dan kesabaran yg sudah bnyak kali aku cuba curahkan. Meskipun aku sedang alami sakit sendiri, aku masih berdiri dgn kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa untuk terus hadapi dia. Aku cuma ingin dia tahu, aku sudah cukup jatuh setakat ni... Terlalu sukar untuk aku kongsikan dia dgn yg lain. Aku tak pernah lupa pada setiap janji yg dia ucapkan untuk aku. Aku tak sangka, janjinya hanyalah sebuah kata kata. Baru aku sedar, semua tu akan hilang bila bila saja. Sakit... peritnya hati aku skrg. Entah pada siapa aku ingin mengadu semuanya lagi. Cukuplah dgn lelah yg aku sudah rasa dgn kehilangan dia. Hampir setiap hari, aku rindukan dia. Aku tak pernah lepas lupakan dia kemana pun aku pergi. Sbb tiap kali mana mana aku berada, dia juga ada menemani. Biar sekalipun bergaduh, dia masih tetap cuba ada temankan aku. Aku akui, aku selalu marahkan dia. Tapi ini satu rahsia yg dia tak pernah tahu. Bila dia marah, aku akan ketawa. Bukan niat untuk aku permainkan dia, tapi aku suka tngok dia bermasam muka. Bila berjalan sama, aku suka tarik baju dia. Walaupun dia marah, aku tetap akan buat. Aku ketawa dibelakangnya, aku senyum sendiri. Aku rindukan semuanya. Aku tahu, dia takkan pernah jadi yg dulu dan untuk pulih sepenuhnya, itu mustahil. Aku hampir berputus asa dgn perubahan diri dia. Aku dah tak mampu menanggung sebak setiap hari, tanpa dia hiraukan lagi. Aku nangis sendiri, sakit juga sendiri. Dia bukan lagi yg aku kenal dulu, sungguh bukan. 

Kata hati, aku harus tabah menerima semuanya. Sbb aku tahu dugaan itu selalu ada. Ada satu tahap, aku diberi dugaan yg tanpa hentinya. Sampai aku menangis, menjerit sendiri dlam hati. Aku tanya pada diri sendiri, kenapa Allah tak pernah henti uji aku dgn dugaan yg berat sebegini? Terus terlintas dalam fikiran aku, aku teringat apa yg kawan aku pernah kata. Kata dia, Allah takkan uji aku dgn dugaan seberat ini andai Allah tahu aku tak kuat dan tak mampu. Dgn itu, aku mampu jadi tabahkan hati. Aku bnyak belajar dari semua ini, aku trauma dgn namanya lelaki. Aku dah tak terdaya lagi, aku lelah. Biarlah lepasni, jodoh tu datang sendirinya. Aku cuba untuk terima perlahan lahan, aku redha. Cukuplah andai jodoh aku mampu bimbing aku ke jalan yg lurus, dan menjaga anak anak aku dgn baik. Sudah cukup untuk buat aku rasa bahagia. Ada waktunya aku teringat waktu dia bercerita tentang anak anak. Kata dia, tak sabar nak tngok mcam mana aku jadi seorang mama kepada anak anaknya. Aku pula tk sabar nak tngok mcm mana dia handle anak anak aku. Tapi aku tak kuat bila teringat apa yg dia dah buat pada aku. Mungkin, dia belum nampak siapa aku untuknya. Terlalu bnyak hati aku dah terkorban kerana dia. Dgn mulut orang tentang dia, dgn maki hamun, dgn marah tak kena masa, akulah mangsa keadaan. Aku cuma nak dia tahu, aku dah anggap dia satu satunya yg ada untuk aku. Aku takda yg lain lagi. Jadi, aku terlalu kecewa selepas bertubi tubi dia mainkan hati aku dgn penipuan yg berkali kali aku dapat tahu secara sendiri. Aku terluka, aku sebak.

Aku tutup segala aib dia. Aku tak pernah dengar apa yg orang kata tentang dia, tapi aku tak sangka atas smua penerimaan yg aku terima. Aku mcam tak sedar dari tidur. Aku masih teringat alunan nada dia, gurauan dia, gelak tawa dia, gerak geri dia, dan semuanya. Dulu, dia tetap akan datang berjumpa tak kira apa jua halangan. Tapi skrg tak lagi, semua berubah sekelip mata. Dia sudah tak peduli lagi, langsung tak. Ucapan selamat pagi, selamat malam, jaga diri juga tak ada lagi. Dia mmg tak faham dgn apa yg aku rasa. Aku terasa hina. Sbb dia selalu kata, akulah punca segalanya. Aku mula terfikir, jadi apa gunanya dia jadikan aku sebagai prmpuan dia? Untuk apa? Pernah juga dia kata, aku cuma goyang kaki. Hina, sangat hina dan terasa. Aku masih ingat waktu kemalangan menimpa dia. Akulah perempuan pertama yg menangis waktu tu. Aku tak boleh tahan sebak lagi, aku risau dgn keadaan dia. Aku tak sedia untuk kehilangan dia buat selamanya. Andai kata waktu tu aku mampu drive sendiri, ada transport aku untuk pergi tngok dia, aku tetap akan pergi walau apapun yg terjadi. Asalkan aku nampak dia depan mata. Aku tak kuat tngok setitik darah yg ada pada dia, aku sedih. Aku tak boleh tngok dia kecundang. Sbb selama aku kenal dia, dialah punca aku boleh ketawa seperti biasa saat hati terluka. Dialah orangnya, yg buat aku tersenyum dgn gelagat dia. Aku tak pernah lepas dtang melawat dia, lapkan badan dia bila melekit. Aku nak dia sentiasa kemas dan bersih. Biarpun dia tidak berupa seperti lelaki lain, tapi aku tak pernah malu mengaku dialah lelaki aku. Tapi dia selalu salah anggap dgn aku, aku selalu jadi yg buruk dan teruk untuk dia. Kadang aku tergamam, tergamaknya dia anggap aku sejauh tu. Tapi aku sedar diri, aku redha.

Kini aku tinggal berharap, semoga dia baik baik saja. Beberapa hari tanpa berita, senyap saja. Aku rindu. Moga Tuhan jagakan dia untuk aku. Biarlah aku nampak teruk dimatanya, asalkan Tuhan saja yg tahu apa yg aku rasa. Aku bahagia bila dia bahagia. Sekalipun dia sedang marah, aku masih tak lekang untuk cuba tarik perhatian dia. Dgn bertanya dan bercakap apa saja, walaupun dia tak layankan karenah aku lagi. Dulu kata dia, cuma aku satu satunya. Tapi aku terima, bahawa itu semua dulu. Aku tahu, bukan aku lagi yg bertakhta dihati dia. Bukan aku lagi yg menjadi pilihan pertama untuk dia. Aku tak tahu mana hilangnya semangat aku yg dulu, yg selalu mengharapkan dia akan selalu ada untuk aku. Sekalipun dia kembali, aku pasti semuanya tetap takkan mcam dulu lagi. Dia dah jauh berubah, jauh sngat... Aku harus kuat hadapi semuanya. Kalau dia ingat, dia mesti cari. Jadi aku cuba hadamkan, dia dah tak perlukan aku lagi. Aku tahu dulu dia ada ramai kawan perempuan, dan aku bukan salah satunya. Aku kenal dia tak terlalu lama mcm yg lain, ya aku sedar. Aku tak mahu bermusuh, cukuplah dia masih kenal aku dan tahu siapa nama aku. Cukuplah sekadar dia masih ingat serba sedikit tentang aku dan dia. Sayang yg selalu dia panggilkan untuk aku, buat aku teringat hingga hari ini. Sunyinya aku rasa tanpa gelak tawa bersama. Aku terlalu inginkan semuanya kembali, tapi aku tak mampu untuk luahkan lagi. Aku takut akan terluka lagi. Biarlah dia nmpak aku tak pernah ingat dia, asalkan dia tidak terus bencikan aku. Aku nak dia dijaga lebih baik, aku tak mahu tngok dia sedih. Cuma aku percaya, takkan ada yg dapat menyayangi dia sebagaimana yg telah aku lakukan. Terima kasih untuk berbulan lamanya, hadir dalam hidup yg sederhana ini. Jaga diri sayang... 

Sejuta kali sayang,
Syfq Azhr