Monday, June 1, 2015

Memori....

Here's I'm gonna talk about him all over again. Ya Allah, mcm mana nk starting? Cuma nk cakap, rindu sangat. Sekejap je masa berlalu, dah nak masuk bulan Ramadhan. Niat sebelumnya, nak sambut Ramadhan sama sama dgn dia. Tapi kalau Allah tak izinkan, tetap tak kesampaian juga. Aku tak tahu mcam mana nk luahkan, dah berapa hari dah ni sebak dalam hati tak hilang lagi. Malam tadi punya sebak, paling teruk rasanya sampai tak boleh bernafas. Aku tahu mungkin tak sepatutnya aku tunjuk, aku masih perlukan dia. Tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri, aku masih nak dia ada dgn aku dalam apa jua keadaan sekalipun. Aku faham terlalu sukar untuk dia faham apa yg aku inginkan. Aku tak tahu nak tunjuk mcam mana lagi yg aku tak pernah pinggirkan dia. Aku dah cuba bermacam-macam cara untuk tak jauh dgn dia, tapi aku masih dianggap sebagai alasan semata mata.

Hampir sebulan aku terpaksa menahan sakit yg aku sedang alami skrg. Sakit bahagian pinggang, keliling belakang. Tersiksa pergerakan aku nak kesana kemari, duduk bangun, berjalan, semua terasa sakit. Aku cuma dapat luahkan dgn perkataan "sakit", tapi aku tak mampu nak beri orang lain pun rasa sakit yg sama dgn apa yg aku rasa. Cuma aku harapkan, ada yg memahami keadaan aku. Aku cuba sedaya upaya untuk melawan sakit, supaya tak menyusahkan orang lain termasuk parents aku sendiri. Kadang aku terasa, aku ni cuma sebagai beban. Jadi aku cuba tknak tunjuk sakit aku, walaupun terlalu sakit untuk didiamkan. Cuma selagi aku terdaya, aku akan terus cuba buat apa saja yg aku boleh buat. Allah kan sentiasa ada, Allah satu-satunya teman yg paling setia. Mungkin aku yg terlupa, aku cuma insan yg biasa biasa saja. Tak setanding untuk terus ada dgn dia. 

Apapun aku bersyukur, sbb Allah sentiasa dengar apa yg aku hajatkan. Dia datang dalam hidup aku, membawa seribu satu makna yg buat aku gembira tak terkata. Aku tak pernah jangka, aku lah perempuan yg dapat berdiri disamping dia. Walaupun cuma untuk sementara, cukup untuk buat aku rasa bahagia. Aku rindu semua tentang dia yg dulu. Wlaupun perubahan pada diri dia sukar untuk diterima, tapi aku masih sayangkan dia seperti biasa. Aku tak pernah bosan tiap kali imbas waktu dia dtang melawat aku. Aku berterima kasih untuk semuanya pada dia, kerana sudi menghadiahkan gelak tawanya sewaktu aku sedang terluka. Aku percaya, aku akan sentiasa kenang tentang baiknya diri dia pada aku. Kesana kesini, dia selalu ada. Aku tak pernah bosan untuk bersua muka dgn dia walaupun setiap hari. Bagi aku, dia cukup serasi untuk ada dgn aku. Tapi cuma aku yg faham, dan dia takkan pernah tahu apa yg aku rasa tentang dia. Mungkin lepasni, aku akan lebih rindu semuanya. Aku tak pernah jemu berbual dgn dia, bergurau, keluar sama, mencuit hati dia, sikit pun aku tak pernah rasa jemu. Tiap kali baju dalam almari dia bersepah, aku lah yg akan kemaskan. Aku lipat dan susun satu persatu, bagi rapi. Aku ajar dia untuk iron baju, supaya dia akan jadi seorang yg lebih kemas. Aku cuma inginkan yg terbaik daripada dia. Walaupun untuk dia, apa yg aku buat, belum cukup sempurna depan mata dia. 

Aku rindu setiap panggilan yg dia tujukan untk aku. Aku pernah dihina, dimarah, dimaki. Tapi semua tu bukanlah sebagai alasan untuk aku pergi tinggalkan dia, selamanya. Aku pernah jatuh, aku kalah dgn perasaan aku sendiri. Dia tipu aku, dia keluar dgn perempuan lain selain aku. Aku tak tahu dimana salah aku sampai terlalu mudah untuk dia buat mcamtu. Dia kata, aku tak bnyak habiskan masa dgn dia. Jujur aku kata, aku masih tak boleh terima hakikat smpai harini dgn apa yg dia dah buat. Bagi dia, mungkin senang untuk dilupakan. Bagi aku, bukan mudah mcam apa yg dia kata. Aku berikan dia kepercayaan yg besar. Aku letak harapan yg tinggi untuk menjaga aku sebaik-baiknya. Seperti apa yg dia janjikan, dia akan jaga aku dan buat aku bahagia. Aku pandang dia dgn dua belah mata yg aku ada, aku tulus menerima dia untuk jadi lelaki dalam hidup aku. Aku tak pernah berselindung apa apa daripada dia. Aku jujur dalam setiap kata, aku setia wlaupun dia tak selalu ada dimana mana. Mungkin dulu, silap aku yg menaruh harapan setinggi langit untuk dia jadi yg terakhir. Sedangkan dia, cuma biasa biasa saja. Aku tak pernah cuba untuk cari seribu alasan, pergi tinggalkan dia dan mencari yg lebih sempurna. Sbb aku tahu, aku juga tak sempurna. Dia pernah ceritakan tentang masa silam dia, dan aku cuba sedaya upaya aku untuk jadikan dia yg lebih baik. Aku tekad dgn diri aku sendiri, aku takkan pergi tinggalkan dia sebagaimana dia ditinggalkan sebelumnya. Cuma aku mengharapkan, dia boleh terima aku seadanya. Baik atau buruk, inilah aku. 

Aku bukan seorang perempuan yg kaya, keluarga aku datang dari orang yg sederhana saja. Aku rebah, aku dah tak mampu nak lawan semuanya. Apa yg dia sampaikan untuk aku semalam, cukuplah buat aku rasa terhina selama aku dgn dia. Aku sedar, aku pernah lukakan dia. Sedangkan dia juga tak pernah lari dari melakukan kesilapan. Aku mampu memaafkan dia, walaupun aku tak dapat lupakan apa yg dia buat. Aku masih mampu melayan dia seperti biasa, walaupun hati aku masih terluka. Kini, dia mula faham soal sakitnya hati bila orang yg dia sayang, berikan beribu alasan. Aku terpaksa tipu dia untuk seketika, kerana aku dah taknak tngok dia susah lagi. Biarlah sakit, aku sendiri yg rasa. Aku nak dia mulakan hari dia seperti biasa. Mungkin skrg dia takkan faham apa yg aku sedang cuba lakukan. Aku tak pernah lupa setiap pengorbanan yg dia lakukan untk aku. Dia payungkan bila hujan, dia bawa aku pergi klinik, dia suapkan aku ubat, dia belikan aku makan, dia pimpin aku kesana kesini, semua aku tak pernah lupa. Tapi mungkin bagi dia, aku tak pernah ingat sikitpun semuanya. Aku redha. Biarlah skrg, aku diamkan diri untk sementara. Aku pergi untuk tenangkan diri dan hati aku. Jika ada kesempatan, aku ingin meminta maaf andai aku tak dapat jadi yg sempurna untk dia. Terlalu bnyak kenangan untuk aku ketepikan. Aku selalu ada bila dia perlu. Maafkan aku yg tak dapat jadi yg terbaik selama bersama. Senyuman dia, selalu ada dalam ingatan aku. Akan dirindui sentiasa. Terima kasih ya Allah, terima kasih sayang.

Muhammad Syafiq B. Azhar ♥