Friday, May 15, 2015

Sentiasa diingatan...

Hari demi hari, semakin sulit untuk aku jalani dugaan yg menimpa aku. Aku cuba untuk memahami setiap waktu dan keadaan. Sukar untuk aku ungkapkan, hidup ini tidak semudah apa yg orang lain sangkakan. Kadang aku terpaksa pendam seribu satu luka yg aku ada, supaya aku tak terlihat lemah di depan yg lain. Hidup ini umpama lakonan di dunia semata mata. Andaikan ada yg lebih memahami apa yg aku sedang rasa, pasti aku tak selemah ini. Aku cuma mengharapkan benda yg mungkin tak pasti berlaku. Aku terlalu idamkan kebahagiaan yg benar benar ada. Aku tabah mengharungi segalanya, kerana aku percaya setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya. 

Aku bersyukur atas kehadiran dia dalam hidup aku. Dia mengubah segala semangat yg ada, dia selalu cuba menyempurnakan hari hari aku. Dia berikan gelak tawa yg jarang aku rasa selama hari ini. Aku tak sangka, apa yg tak pernah aku duga itu menjadi sebuah realiti. Pada awal hari dia singgah dalam hati aku, aku mula terkenang yg bukan mudah untuk aku menyayangi setiap lelaki yg ada. Sukar untuk aku menyayanginya sepenuh hati aku. Tapi hari demi hari juga aku mula sedar, dia terlalu baik untuk aku berikan layanan yg begitu kejam untuk aku. Jadi, aku mula berusaha untuk letak dia sepenuhnya sebagai teman lelaki yg paling akrab dgn aku. Aku cuma perlukan sedikit masa saja untuk menyayangi dia. Kerana layanan yg dia beri, terlalu mudah untuk sentuh hati aku. Aku mula tanamkan hasrat dalam hati untuk sentiasa menjaga dia. Meskipun aku tak pernah mengenali masa silamnya, dan aku cuma tahu melalui mulutnya sendiri, tapi itu tak penting untuk aku. Kerana dia milik aku, biarlah aku mula mengubah segala cara hidupnya. 

Aku yakin, dia adalah lelaki yg baik. Hari pertama aku mula bersua muka dgn dia, aku rasa segan. Aku tak percaya waktu tu, adalah dia. Kerana aku tak pernah berbual dengan dia sebelum ni. Bahkan tegur juga tak pernah. Aku tak tahu perbualan apa yg aku harus mulakan. Tapi syukurlah, dia pandai gunakan masa yg ada. Dia yg mulakan segala perbualan, dia buat aku jadi tak bosan. Aku ketawa sepanjang waktu dia ada dgn aku, bersama temannya Muiz. Aku cuma jawab apa yg ditanya, aku cuma jadi pelakon extra untuk dengarkan apa yg dia kata. Aku fikir, itu adalah hari terakhir aku jumpa dgn dia. Kerana apa yg aku rasa, aku mesti akan lebih gembira dgn lawak jenaka dia, yg membawa satu harapan dalam keadaan aku yg sedang sakit dan sedang menanggung luka yg terlalu perit. Aku masih ingat lagu yg dinyanyikan sebagai peneman sebelum tidur aku. Dia pandai mencuit hati aku. Hari kedua aku dpat bersua muka dgn dia, dia datang melawat aku selepas habis waktu kolej. Tapi waktu tu, aku bertemankan mama yg menjaga aku di ward. Aku jadi lebih segan. Aku tak dapat berbual dgn dia kerana aku baru lepas menjalani pembedahan. Aku lemah. Dia duduk bersembang dgn mama, dia buat keadaan menjadi biasa. Waktu dia minta izin untuk balik, sejujurnya aku rasa lain. Aku rasa mcam belum puas untuk berjumpa dgn dia. Tapi apakan daya, waktu tu aku dgn dia bukan sesiapa. Aku cuma mampu tngok dia berjalan keluar ward, dan tersenyum di katil. Mama mula bersuara, mama tanya mcm mcm pasal dia. Aku gembira bila tiap kali bercerita pasal dia.

Bila doktor sahkan aku dah boleh balik ke rumah, dia lah peneman waktu aku bosan. Peneman gelak tawa aku waktu aku terlantar di katil dan tak boleh lagi jalan seperti biasa. Dia teman aku tanpa disuruh, sampai lewat malam, dia masih tak letih melayani aku. Ada saja yg dia ingin ceritakan. Sampaikan aku tertidur juga dia masih bercerita. Dia buat aku lebih selesa berbual dgn dia. Sampai aku sembuh, dia masih bersama aku. Dia seolah-olah faham apa yg aku rasakan. Dia lah pemberi semangat, teman rapat, dan kawan yg setia ada dgn aku pada waktu tu. Aku tak perlu cintakan dia kerana harta. Bagi aku, dia adalah anugerah. Kerana dia hadir untuk membahagiakan waktu aku terluka. Aku sempat merasakan kebahagiaan itu wujud, yg pernah aku idam untuk rasakan selama hari ini. Aku bersyukur tak terkata kerana Allah pinjamkan dia untuk aku. Aku berusaha sedaya upaya aku untuk cintakan dia, dan menjaga sepenuh jiwa raga aku untuk tidak berpaling kepada yg lain. Cuma aku mengharapkan, dia juga mampu lakukan apa yg aku mampu. Meskipun aku sudah tahu, dia mesti akan berubah. Semuanya tidak terlalu lama, perlahan-lahan aku mula nampak perubahannya. Dari segi layanan, perbualan, semuanya berubah. Aku sebak, aku tak tahu apa puncanya. Aku bersabar, aku terus berikan dia peluang untuk jadi seperti dulu lagi. Tapi untuk aku dapat itu, terlalu sukar. Bagai langit dgn bumi. Terlalu jauh untuk aku bermimpi, dia akan jadi yg lama lagi. Aku redha.

Kini, aku berserah pada Allah. Aku tak pernah menyesal dgn pilihan aku. Aku ikhlas terima segala keburukan dan cacat cela yg ada pada dia. Mengharapkan dia juga memaafkan segala cacat cela yg ada pada diri aku. Salah silap yg mungkin aku tak sengaja, yg aku tak perasan. Semoga dia sentiasa dalam keadaan yg selamat, dan sentiasa bahagia. Aku selalu ada bila waktu dia perlu. Moga moga dia akan jadi lelaki yg lebih baik. Aku berharap, dia takkan lupa tiap pesanan yg aku sampaikan. Ya, aku rindukan dia. Aku rindu tiap waktu yg aku ada dgn dia Tak semudah apa yg dia sangka, untuk aku lupakan semuanya tentang aku dan dia. Tangan dia yg menyambut tiap kali aku jatuh, tangan dia yg menghilangkan segala duka, yg membelai, yg pimpin aku di setiap langkah. Tapi apakan daya, biarlah aku yg pendam segala rasa dihati, sebagai penawar bila tiap kali rindu. Demi Allah, aku rindukan semuanya. Terima kasih ya Allah, semuanya terlalu bermakna dalam hidup aku. Aku bersedia untuk ada dgn dia bila dia perlukan aku. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku, untuk gantikan dia dgn lelaki lain dalam hati aku. Aku cuma berharap akan ada satu masa nanti dia faham, aku tak pernah buat apa yg perempuan lain buat. Aku mungkin tak sempurna, tapi aku selalu cuba jadi yg terbaik untuk dia. Aku cuma mahu dia terima kekurangan aku sepenuhnya, sampai bila bila. Aku langsung tak boleh jadi sebaik Hawa. Tapi aku tak pernah putus asa, untuk setia dgn dia. Ya Allah, kau jagakan lah dia untuk aku. Aku sentiasa mendoakan yg terbaik untuk dia. Salam sayang, Muhammad Syafiq B. Azhar.