Thursday, April 9, 2015

Nota terakhir....

Ya Allah, setelah hari demi hari aku berhadapan dgn dugaanMu, akhirnya kini semuanya berakhir. Siapa sangka, aku dan dia bakal jadi sebegini rupa. Aku bersyukur ya Allah, kau berikan aku kekuatan dan ketabahan yg kuat untk aku hadapi dia. Baik buruknya, sudah aku terima dgn sebaik-baiknya. Ya Allah, aku cintakan dia. Sekalipun dia berlaku jahat pada aku, dia masih menjadi pilihan aku. Aku sedar aku bukan perempuan yg dia pilih, tapi aku selalu bersiap sedia untuk hadapi dia setiap hari ya Allah. Aku telan semua pahit duka yg ada, aku terima segala sikap buruk dia. Apa masih aku gagal ya Allah? Atau dia yg tak pernah nampak, bahawa aku menyayangi dia untk setiap masa yg aku ada? Aku tak kuat, aku rebah di penghujung cerita. Salah aku atau dia, aku terima kesemuanya. Aku cuba untuk tabahkan hati, bahawa dia sudah tidak perlu aku lagi. Aku tak rela untk pergi, tapi aku harus pergi.

Aku rindu tiap kelakuannya, tiap gurauannya, senyumannya & semuanya tentang dia. Aku rasa bahagia tiap kali aku ingat waktu pertemuan yg pertama. Dia datang bersama kawan dia, lawat aku di hospital. Itulah kali pertama, aku mula kenal siapa dia. Dari situlah mulanya aku tahu, kenapa terlalu senang untuk ramai perempuan sukakan dia. Dia happening, seorang lelaki yg layan perempuan dgn baik. Tanpa sedar atau tidak, mula timbul satu harapan dalam hati antara satu sama lain. Sekalipun aku tahu aku bukan yg terbaik untuk dia, tapi aku bersyukur kerana dpat singgah dalam hidup dia walau sementara. Tak pernah aku sangka, aku dapat rasai satu kebahagiaan yg baru. Aku masih tak lupa waktu dia ingin aku jadi perempuannya, perasaan yg terlalu bersyukur tak terkata sampaikan aku tergamam tak mampu bersuara. Kebetulan, dia cerita tentang masa silam dia. Sebaliknya aku faham, dia bukan lelaki yg baik. Tapi kerana ketulusan hatinya yg mahu menjaga aku, aku yakin yg dia mampu menjaga aku dgn lebih baik antara lelaki yg pernah aku kenal.

Ya, secara jujurnya aku takut untuk terima dia dalam hidup aku. Aku takut, aku akan kecewa lagi. Tapi aku yakin pada dia, jadi aku buka ruang hati aku untuk mencintai dia. Bukan semudah yg dia sangka untuk aku cintakan orang yg baru dalam hidup aku. Pada awalnya, aku sudah melakukan kesilapan. Aku cuba ubah cara aku, dgn harapan dia tak kecewa lagi. Aku rindu dia yg dulu, terlalu rindu. Dia yg tak pernah berhenti buat aku ketawa sepanjang masa. Tak pernah lepas dgn aku, walau sekejap. Sekalipun dgn kawan, dia masih ada dgn aku. Aku terharu, aku bahagia. Sampai satu masa dia tak mahu lepaskan aku pada yg lain, barulah aku faham dia juga sayangkan aku. Aku takut dia akan berubah, takut sangat. Tapi aku harus persiapkan diri aku, andai satu saat nanti aku bakal kehilangan dia. Aku simpan satu persatu kenangan manis yg tercipta, untuk aku kenang sentiasa. Buang yg keruh, ambil yg jernih. Bila aku pejamkan mata dan imbas semuanya semula, sedar tak sedar airmata aku menitis tapi bibir aku mencorakkan bahawa aku bahagia. 

Aku tak pernah bencikan dia, ataupun dendam. Biarpun berkali kali dia sudah melukakan hati aku, aku tak pernah terlintas untuk balas hal yg sama pada dia. Aku tak mahu jadi terlalu kejam, aku tak mahu lihat dia terluka seperti apa yg selama ini aku rasa, aku tak sanggup lihat dia menangis lagi. Setitis airmata dia, mampu melemahkan aku. Aku rindu tiap gurau yg dia buat aku ketawa tak henti. Aku lemah dgn gelak tawa dia. Kenapa? Gelak tawa dia adalah mercu tanda yg dia sedang gembira. Sekalipun aku sedang marah, aku tak mampu untuk terus marah bila dia ketawa. Aku akan ikut ketawa sama. Entah kenapa, mungkin sudah jadi persepsi kerana aku suka tengok dia ketawa. Ya Allah, ampunkan aku andai aku tak dapat menjaga dia dgn sempurna. Tapi aku masih ada hasrat untuk menjaga dia dgn baik. Kemaskan dirinya, betulkan rambutnya, betulkan bajunya, pilihkan baju untuknya dan semua yg buat dia nampak kacak dimata aku, sentiasa. Aku cuma mahukan yg terbaik daripada dia. Kerana aku tahu, dia mampu jadi lelaki yg jauh lebih baik. 

Pejam celik saban hari, sudah 9 bulan bersama. Banyak dugaan yg telah ditempuh, ada gembira ada duka. Apapun, aku bahagia. Terima kasih tuan hati, kerana benarkan aku menjaga kau walaupun sekejap. Cuma aku harap, bila kau dah ada yg baru nanti, kau tak lupa nama aku bila terjumpa. Aku hargai kau dalam hati, maafkan aku yg tak dapat tunjuk sayang aku pada kau untuk semenjak hari yg kita bergaduh tak henti. Aku cuba perbetulkan semua tanpa kau sedar, aku cuba balikkan semula semangat yg hilang untuk berhadapan dgn kau, aku cuba kawal diri bila tiap kali aku selalu salah untuk kau. Aku tak sempurna mcm yg kau mahu, lagikan rupa? Aku takda harta yg megah untuk aku beri sama dekat kau. Aku cuma selalu berharap, kau takkan pernah berhenti sayangkan aku mcam awalnya. Aku tahu aku kasar, tak selembut perempuan yg lain. Tapi aku suka tiap hari yg kau ada untuk ada disamping aku, kau sandarkan aku dekat bahu kau tak kira waktu aku sedih, waktu aku marah. Kau pimpin tangan aku waktu berjalan, kau letak tangan kau dipeha aku waktu atas motor, kau bawa aku kesana sini, kau paksa aku makan walaupun aku tak selera, kau hantarkan makan untuk aku bila kau rasa aku belum makan, tak kira gaduh atau tak, kau tetap hantarkan dkat tmpat kerja. Aku ingat semua, tak pernah terlupa walaupun seminit. Kau berharga untuk aku, wahai masa lalu. Aku sayangkan kau, terlalu sayang.

Mungkin betul, hati kau bukan lagi untuk aku. Sungguh aku tak layak untuk berdiri disisi kau lagi, kan? Tiap hari aku rindu, aku nak kau ada dgn aku. Tapi aku bukan yg penting lagi untuk dia. Aku dah dibuang jauh, mungkin? Cuma aku harapkan akan ada satu saat nanti, dia tahu bahawa aku tak pernah buang sikitpun nama dia dalam hati. Aku tak pernah padam semua memori dalam ingatan, tak pernah terlintas untuk curang belakang dia. Aku cuba untuk jaga hati ini, sebaik-baiknya. Andai kan dia faham, aku yg dah lama rasa dibuang selama ni. Aku cemburu bila tiap senyuman yg dia tujukan pada orang lain, selain aku. Aku tak mahu ada yg lain, kongsi dia sama-sama dgn aku. Aku perlukan dia untuk terus jadi teman aku. Biarlah dia ada pengganti, aku berharap dia masih sudi untuk jadi teman dan tempat mengadu aku. Tapi mungkin bukan sekarang masanya. Andai panjang umur, diberi peluang, aku mahu jadi teman perempuan yg selalu jadi tempat mengadu dia. Kerana aku tak pernah bosan dengar rintihan dia, tak pernah bosan untuk layankan karenah dia. Cuma aku harus bangun dari mimpi, tiada ruang lagi untuk semuanya kembali seperti biasa. 

Terlalu bnyak kenangan yg dia tinggalkan untuk aku simpan segar dalam ingatan. Suara dia, gurau dia, cara percakapan dia, nada alunan dia panggil nama aku, panggilkan aku dgn panggilan "sayang", iron kan baju dia, pilihkan baju dia, lapkan muka dia bila berminyak, urutkan dia, muka dia bila marah, dan semuanya. Tak pernah lupa juga tiap kali hujan bila keluar. Terlalu banyak cabaran yg aku dan dia tempuh. Ya Tuhan, terima kasih. Aku harus hentikan semuanya sampai disini saja. Aku harus anggap, semalam tu adalah malam terakhir aku dapat dengar suara dia. Terlalu hina aku rasa, waktu aku cari dia semula. Aku dilayan bagai perempuan yg tak bermaruah. Aku dihina, dimaki, dilayan dgn cara kasar yg setidak-tidaknya. Sampai aku sebak terlalu dalam, terasa tak terkata. Sakitnya rasa dia, tak seteruk luka yg pernah aku rasa. Dia buat aku mula sedar, aku tak perlu lagi buka hati aku untuk lelaki. Cukuplah setakat ni, terlalu banyak kaca berbanding permata. Aku doakan dia bahagia, sentiasa. Kerana dia kata, dia bencikan aku. Dia kata, dia takkan pernah berbaik dgn aku. Tapi aku mohon padaMu ya Allah, jagakan dia untuk aku. Engkau lindungi lah dia, kau bukakan lah pintu hatinya. Maafkan aku, yg terlalu teruk buat kau. Andai kau dapat fahami semuanya selama ni, aku yakin kau takkan berubah sampai ke tahap ini. Terima kasih kerana jaga makan minum aku, dan rawat sakit aku dgn baik. Maafkan aku, andai selama ni, akulah punca segalanya hingga ke tahap kau sanggup tampar muka aku. Aku relakan jiwa aku, agar kau sentiasa rasa puas. Halalkan semuanya, terima untuk segalanya. Tak dapatlah aku rasa pagi raya sama lagi dgn kau. Aku selalu maafkan kau, kerana kau adalah segalanya untuk aku. Kau lah teman, kau lah musuh, teman bergaduh, teman mengadu, kau lah seribu dalam satu yg sentiasa bertakhta dihati aku. Tak pernah berubah.


Sekian, 
Muhammad Syafiq B. Azhar ♥