Saturday, February 7, 2015

Coretan terakhir.

Ya Allah, knp terlalu berat dugaan yg engkau turunkan pada aku? Aku rasa mcam terlalu cepat masa berlalu. Kenangan demi kenangan pergi, yg tinggal cuma nama dalam ingatan. Mgkin betul apa yg orang selalu kata. Lama mana pun kita pertahankan, jauh mana pun kita berada, andai dia bukan jodoh kita yg dah tertulis, dia tetap bukan jadi milik kita. Ya Allah, aku pasti kau tahu tentang soal hati aku. Kau lah saksi aku sepanjang masa, yg tak pernah jemu menjaga setiap hamba-Mu ini. Lama aku pendam dgn segala rasa, yg tersiksa. Aku rasa mcam mimpi atas apa yg dia dah buat pada aku. Aku tertanya tanya, mana pergi smua janji yg dia cipta? Atau cuma kata kata biasa yg tk memberi makna apa apa? Aku buntu, aku lalai dgn permainan duniawi. Aku letih berbolak balik pada hal yg takkan pernah berhenti. Apa yg aku tahu, aku harus berjuang demi keluarga. Kebahagiaan mereka, kebahagiaan aku juga. Cukuplah dgn apa yg dah jadi dulu, aku cuba takkan ulangi lagi. Aku rebah waktu melihat tangisan mama. Sekalipun mama cuma kecil hati, aku tetap rasa bersalah.

Aku masih tak lupa, gelak tawa mama yg menawan hati aku kerana seorang teman lelaki aku. Aku tak pernah tengok mama sebaik itu dgn kawan lelaki aku. Sedangkan mama tahu, aku tak pernah berkawan dgn dia. Aku tak pernah berbual, bertegur sikit pun tak pernah. Aku hairan, mcam mana mudahnya dia ambil hati mama. Mungkin kerana budi bahasanya & layanan baiknya. Tak pernah lupa, dia datang melawat aku. Aku terharu, kerana dia lah lelaki pertama yg datang melawat aku sedangkan waktu tu aku bukan sesiapa dgn dia. Dia mampu hilangkan rasa sakit yg ada, dia mampu buat aku lupakan segala masalah untk seketika. Terbayang bayang lagi cara dia yg buat aku ketawa sepanjang masa. Seolah-olah dia rapat dgn aku, dan aku pernah jadi yg penting untuk dia. Dia temankan aku dgn call, whatsapp, wechat. Kau tahu apa? Aku rasa selesa. Dia yg tak pernah lepas contact aku, buat aku rasa berharganya ada lelaki mcam dia. Smpaikan aku rasa, beruntungnya siapa yg jadi milik dia. Ya Allah, dia terlalu baik dgn aku. Dia sanggup datang dari kolej, bawakan bubur untuk aku. Dia jaga aku dgn baik, dia ambil berat smua tntang aku. Sekalipun dia ada event SK 3.0 waktu tu, dia tetap tak lepas contact aku. Dari situ, aku mula hargai cara dia. Aku mula sukakan cara layanan dia, dan aku mula cuba untuk jaga hati dia. 

First date, dia bawa aku keluar tngok movie. Sebenarnya aku rasa janggal, sbb aku tak biasa keluar dgn lelaki yg bukan sesiapa bagi aku. Tapi dia baik dgn aku, jadi aku cuba layanan dia mcam biasa. Happy sangat, even time tu cuma perbualan kosong. Habis movie, kitaorang pusing pusing dkt tmpat parking cari motor dia tak jumpa. Tak penat pun, sbb bnyak dengki dengki dia. Gelak gelak dah lama tu baru jumpa motor dia. Lepastu, dia bawa aku lepak laut Stulang. Dia kata bila dia ada masalah, dia selalu pergi situ tenangkan fikiran. Aku layankan semua cerita dia. Dia cerita tentang masa silam dia, aku pun sama. Berbual berbual tu, sebelum pkul 12am dia kata dia ada something nk cakap. Dia pegang bahu aku, dia kata "Apek nk jadikan Mieka gf Apek, sudi tak?" Ya Allah, terus rebah jantung aku. Air mata aku berlinang dikelopak mata, aku happy tak terkata. Aku rasa mcam waktu tu aku tengah mimpi. Aku tak pernah sangka, dia akan cakap mcamtu malam tu. Part yg tak pernah aku lupa, waktu dia kata dia akan jaga aku sebaik mungkin. Sekalipun aku sakit, dia akan jaga aku. Aku ada cakap, aku takut kalau satu hari nanti dia berubah. Dia kata, "Eh tak tak tak, ini Apek lah takkan pernah berubah." Aku senyum bahagia bila tngok dia yg terlalu yakin ckap mcmtu. Hari demi hari, aku pegang tiap janji dan kata kata dia. Aku pilih dia kerana aku rasa, dia tak sama mcam lelaki lain. Aku percaya, dia boleh jaga aku lebih baik dari lelaki lain. Aku yakin dgn hati aku, dia takkan kecewakan aku. Aku sayang dia.

Smpai skrg aku masih ingat, silap dia yg pertama yg besar bagi aku, bawa perempuan lain naik motor. Hancur hati aku bila terjumpa gambar tu. Hinanya aku rasa, bf aku bawa perempuan lain selain aku. Ya, tak salah kalau dia nak tolong. Apapun alasan yg dia beri, aku tetap tak boleh terima. Mcam mana klau aku buat apa yg dia buat? Rela ke dia tngok lelaki lain bawa aku naik motor kesana kesini? Tak, sebab dia bf aku dan aku gf dia. Walaupun dia tak rasa apa yg aku rasa waktu tu, aku cuba mengalah. Dia merayu, supaya aku bagi dia peluang. Dia janji, itu yg terakhir dan dia takkan ulangi lagi. Hati aku serba salah untuk maafkan dia. Tapi aku tetap maafkan dia, sebab aku sayangkan dia. Aku percaya, dia takkan ulangi lagi. Aku cuma fikir, kalau dgn lelaki sebelum dia aku boleh kawal, kenapa dgn dia tk boleh? Jadi aku cuba. Yg kedua, dia lupa date anny aku dgn dia. Semalaman aku tk tidur, tunggu dia wish. Aku bangun dari tidur pun still takda wish dari dia. Kecewa sangat. Aku diamkan, aku buat buat tak tahu. Sampai tngah malam 27hb, dia call aku. "Bby, happy anniversary!" Terus jatuh airmata aku. Aku sedih sangat, padahal anny aku semalamnya. Dia kata dia terlupa. Even aku makan hati sikit sebab seharian tunggu dia wish, tapi aku terima lagi salah dia. Aku anggap, mungkin betul dia tak sengaja. Aku beri dia peluang lagi. Kali ketiga, silap dia yg takkan pernah dan tak mungkin aku lupa, dia bawa perempuan lain keluar sama dgn dia. Musnah terus harapan aku, hilang kepercayaan aku pada dia. Aku mula rasa give up, aku tak sangka. Ternyata tak salah firasat aku, dia tipu aku. Sebak, aku dituduh fitnah dgn kawan yg lain. Dia up moment, dia marah maki aku. Aku tak lupa, dia ada kata "Okay, kau ingat Mieka. Kalau itu aku, kau boleh minta break. Kalau itu bukan aku, aku sendiri yg lepaskan kau. Jgn menyesal." Ya Allah, hati aku terus berbahagi dua. Aku tertanya, aku atau dia yg bersalah? Kawan yg disamping aku beri semangat untk aku terus kuat. Aku ingat satu pesan "Kau diam jelah, sabar. Nanti Allah mesti tunjuk kebenaran tu dkat kau." Hari demi hari, aku terkenangkan siapa yg disebaliknya. 

Hampir sebulan aku diamkan, siapa sangka dia sendiri yg jujur dgn aku. Dia kata memang dia, tapi dia cuma terserempak. Jelas penipuan dia yg tak dapat membantu, aku dapat rasa yg dia tipu aku lagi. Aku tak boleh berhenti dari menangis, laju berderai airmata aku ya Allah. Aku lemah, kenapa dia sanggup buat aku mcam ni. Aku tak boleh terima kenyataan. Pernah aku terfikir, aku nak pergi tempat tu dgn dia. Tapi aku segan nak ajak, jadi biar aku tunggu dia yg jemput aku pergi sana. Waktu aku pergi sana dgn kawan aku, aku tengok orang kesana sini dgn bf dia. Aku cemburu, bestnya kalau waktu tu bf aku ada sama dgn aku. Aku tak pernah pergi sana dgn mana mana lelaki, selain kawan kawan perempuan aku. Bila aku dapat tahu dia pergi sana dgn perempuan lain, apa perasaan aku? Hancur tak terkata, sebak dada aku. Knp mcam ni? Knp baru skrg dia buat aku mcam ni? Knp ini yg dia beri lepas hati aku mula sayangkan dia? Ya Allah, aku mula rasa putus asa. Dari situ, mula hilang kepercayaan pada dia. Aku cuma nk lupakan silap dia, tapi tak boleh. Senang dia cakap, jgn ingat ingat lagi. Mcam mana dgn hati aku? Hancur mcamtu, mcm mana aku nk lupakan? Aku pun tak berminat untuk ingat silap dia. Tapi hati aku, hati aku, hati aku. Aku sayang dia, dan aku betul betul tak sangka dgn apa yg dia dah buat. Bila sehari ke sehari, aku tngok dia mula rimas tiap kali aku ungkit hal yg sama, aku tekad dgn diri aku sendiri, aku tkkan ungkit lagi depan dia. Sbb aku takut kalau aku ungkit lagi nanti dia tinggalkan aku. Taknak, aku sayang dia. Then, slow slow aku dah boleh tolak tepi. Bagi aku, biar aku yg rasa sakit, asal gelak tawa dia tak hilang dari pandangan aku. 

Aku sebak, aku masih ingat lagi waktu pertama kali dia mula maki aku. Ya Allah, cara dia mcam lepaskan marah pada patung. Yg takda perasaan, yg tak faham apa yg dia maksudkan. Aku tergamam, aku tak mampu nk balas apa apa. Aku ada perasaan hormat pada dia, dia bf aku. Aku diam, dengarkan. Pada hari yg lain lainnya pun dia ada maki aku. Kadang bila tahap kesabaran hilang, aku balas apa yg dia cakap. Aku berubah, punca dari silap dia. Aku buntu, apa yg patut aku buat untuk terus bertahan. Siapa yg patut kejar? Dia yg datang, biar dia yg kejar. Dia buat silap, dia yg minta peluang, tapi kenapa mesti aku yg kena? Kenapa? Makin hari aku makin tak faham dgn sikap dia yg kadang faham, kadang tak. Apa yg aku buat, susah nak jadi yg betul untuk dia. Dia push salah aku, smpai boleh jadi bergaduh. Dia makin kasar dgn aku. Aku rasa tak salah, tegur salah silap aku dgn cara tanya baik baik. Knp mesti tarik muka? Aku ada perasaan, aku sebak. Pernah aku rasa give up nak jaga dia. Tapi aku tetap nak jaga dia, sebab dia satu satunya yg aku ada. Takda lagi lelaki lain yg muncul dalam hati aku selain dia. Ckuplah orang yg pernah rapat dgn dia, bercakap pasal aku sebab dia. Mana letak muka aku? Dia tak tahu ke apa aku rasa? Tapi aku langsung tak jadikan smua tu sebagai alasan untuk aku lepaskan dia pergi. Aku cuma anggap, Allah mesti faham apa yg aku rasa. 

Waktu aku sakit, dia yg jaga aku. Aku tak pernah lupa jasa baik dia pada aku, pada family. Itupun salah satu kunci kenapa aku masih bertahan dgn dia. Dia belikan aku satay, dia kata dia teringat aku nak makan satay. Dia suapkan aku ubat, dia belikan ubat dkat klinik, dia teman aku pergi klinik, teman aku dkat hospital, smua dia. Mcm mana nk kata aku tak sayang? Sayang sangat, weh. Dia dah mcam sebahagian dari family aku. Family aku dah ngam sangat dgn dia, aku selesa sangat. Sbb aku tak pernah ada bf yg dah serasi dgn family aku. Dia tak faham, mcam mana aku terlalu menghargai dia. Dia tak tahu, apa yg aku inginkan. Bukan nak kata aku tknak ikut cakap dia. Cuma aku nak jadikan relationship ni perfect. Kalau boleh, aku tknak gaduh dgn dia. Aku nak sangat kalau ada problem, kita settle baik baik. Sbb aku tknak musnahkan relay ni, sayang sngat. Aku kecil hati bila dia tak bagi aku buat itu ini. Aku pun ada life. Mcam mana aku cuba faham dia, mcmtu lah aku nak dia cuba faham aku. Aku tahu, dia tak suka aku keluar dgn kawan yg lain. Tapi berilah aku kebebasan sikit. Aku dah besar, tak kemana pun. Sbb aku anggap dia dah mcm sebahagian dari family aku, aku nak dia faham situasi. Sampaikan aku pergi event sana sini dgn cikgu pun, dia marah. Aku sedih, knp dia tak boleh support aku? Soal takut ada lelaki lain usha, aku tak kisah lgsung. Luas aku fikir, kalau aku nk melayan lelaki lain, untuk apa aku bertahan dgn dia? Untuk apa aku cari dia tiap masa? Untuk apa aku hbiskan masa dgn dia, share problem aku dgn dia semua? Aku tknak sempitkan otak, cukup sekadar dia faham aku. Itu je aku nak. Tapi susah sngat dia nk faham smpai skrg. Smpai kadang aku trpaksa menipu, sbb apa? Inilah sebabnya. Aku harap sngat dia jaga aku, mcm mana ayah jaga aku. Marah aku bila aku salah, percayakan apa yg aku buat, beri nasihat dan pesan bila waktu perlu. Itu je ya Tuhan :')

Aku terkenangkan hari demi hari, smua makin runtuh. Tipu kalau antara aku dgn dia takda rasa bosan dan letih gaduh tiap hari. Yg aku faham, aku dgn dia gaduh sbb takda persefahaman. Letih aku tegur cara dia, untuk ubah demi kebaikan aku dgn dia. Tapi knp susah dia nk terima? Bukan aku nk lawan cakap dia, nak ikut kepala aku. Aku cuma tknak apa apa yg buruk jadi atas relay ni. Kalau aku boleh buat, knp dia tak boleh? Aku nak kekal dgn dia. Tapi dia cuma fikir, aku ego, tknak dengar cakap dia. Ya Tuhan, mcm mana tak hancur hati aku? Mcam mana tak sebak? Kecewa? Mcm mana aku tak berubah? Aku cuma harap akan ada masa satu hari nanti, jelas smuanya untuk dia. Aku dah tak sanggup tengok dia tarik muka dgn aku lagi, aku tak sanggup tngok dia kecewa sbb aku. Aku tak rela nk bertekak dgn dia, nk dengar dan keluarkan kata kata maki lagi. Hilang penghormatan, kepercayaan, ya Allah aku tak sanggup :') Rindu, aku rindu nak usap rambut dia. Tiap kali dia tidur, dia tngah lena, tak pernah lepas aku usap dahi dia, usap kening dia, urut badan kaki dia, tarik jari tangan dia. Waktu aku tengah lena, dia pakaikan aku stoking, dia selimutkan aku, sandarkan dekat bahu dia. Tapi knp susah dia nk put an effort untuk relay ni? Tiap kali aku pesan suruh mengalah, dia kata dia tak salah. Mengalah tu berserah, tak kira betul atau salah. Aku perempuan. Mgkin kadang aku ni merajuk tak tentu pasal, salah ke dia mengalah? Aku cuma nk perhatian daripada dia, aku nk dia layan aku dan tak pernah bosan dgn karenah aku. Aku sayang dia, weh. Hampa bila smuanya jadi huru hara, hampa sangat.

Aku teringat dulu dia pernah kata "Kalau nanti b accident cacat, bby nak b lagi ke?" Bagi aku, biar cacat asal baik hati budi bukan baik tapi cacat hati budi. Bila aku cakap nak, sedih sngat dia jawab "B cacat pun nak? Jgnlah, bby cari lain tau? B tknak bby susah" Kalau lah dia tahu aku yg paling sedih waktu dia cakap mcmtu.... Dia tk faham, aku perlukan dia. Sekalipun dia dah bandingkan aku dgn yg lain, dia lepaskan baran dkt aku, dia berkali kali lukakan hati aku, selagi hati aku belum berdalih, aku tetap akan ada disamping dia. Aku tak hiraukan apa yg orang lain nak cakap pasal dia. Selagi dia milik aku, aku cuba terima baik buruk tentang dia. Sebab niat aku terima dia dalam hidup aku dari awalnya, bukan kerana rupa atau apapun selain layanan baiknya :') Aku sedih bila tiap kali dia dah mula start belajar. Aku rasa lain bila jauh dgn dia, even sekejap. Dulu time dia belajar, dia tak pernah lepas contact aku. Even busy, dia tetap whatsapp aku. Time rehat, tak pernah lepas dia call/whatsapp aku. Credit habis pun still pinjam credit kawan untuk call sekejap. Skrg, susah sngat dia nk whatsapp aku. Bila aku balik sekolah, mesti kosong. Selalu ada, dia cakap rindu, dia tngah buat apa dkt kolej apa smua. Time rehat pun sekejap je tak smpai 10 minit dia whatsapp. Call? Lagilah susah, sampaikan cuma bagi alasan dia tidur. Aku tunggu je dia, hakikatnya? Sedih weh, dia tak rasa apa aku rasa. Smpailah habis time rehat, dia tkda cari. Dah balik nanti baru dia cakap otw balik, itupun jarang dia bagitahu. Aku yg rasa tak penting atau dia?

Aku rindu aku dgn dia yg dulu. Dulu, dia rajin bawa aku kesana sini. Tiap kali cuti, dia tak pernah lupa ajak pergi laut Stulang. Kalau dulu dia yg selalu pegang bahu aku, skrg tak lagi. Entah knp, semua tu hilang dari pandangan. Aku rindu dia yg lama, penat aku tunggu dia jadi yg lama. Aku berusaha mcam mcam untk dia layan aku mcm dulu, tapi dia still tak mampu buat semua tu. Takkan nk bertepuk sebelah tangan? Bila waktu aku tahu dia marah, skrg aku cuba untuk pujuk hati dia semula. Kalau dulu, aku tunggu dia yg cari aku. Skrg aku cuba mengalah dgn dia. Haritu aku tahu dia marah, tapi aku tetap suruh dia ambil aku balik. Aku terkejarkan pergi cs berlari sorang, belikan chocolate favourite dia. Aku nak dia tahu, aku sayang dia. Lepas beli chocolate, aku berlari naik atas beli kad. Aku nak dia stay dgn aku, selamanya. Tak lama tu dapat call, dia tengking aku. Dia suruh aku turun Jb Central. Kelam kabut aku jalan nak patah balik ke Jb Central, dgn orang yg ramai gila dekat escalator tu. Berapa minit tu, dia call tenking lagi "Kau ktmana? Cepat sikit kau turun!" Aku rasa nk menangis sngat ktsitu, ya Allah. Sampai hati dia buat aku mcamtu dgn aku sakitnya lain, terkejar sana sini, nak buat itu ini, knp dia tk rasa smua tu? Hina sngat aku rasa bila dia mcm tu. Tiba dalam kereta, smpai dkat depan Angsana, dia terus tarik bahu aku sandar dkt bahu dia, dia kata dia saja je. Sedih aku yg banyak tadi, jadi reda sikit. Aku lega bila dia pujuk aku, dah lama dia tak pujuk aku mcmtu :')

7 months anny yg lepas, aku dgn dia bergaduh. Ya, mungkin waktu tu salah aku. Tapi aku cuma mengharapkan dia wish tanda dia hargai dan masih ingat. Seharian aku tunggu, tapi kenyataannya takda lgsung. Aku salah, dia pun salah. Sbb apa? Sbb dia keluar tanpa pengetahuan aku. Jadi aku anggap adil, sama rasa. Apa salahnya dia wish sikit pun jadilah, aku tunggu waktu tu weh :') Selalunya dia tetap akan wish sama ada cepat atau lambat, tak kira baik atau gaduh. Sumpah, aku rindu dia yg dulu sangat ya Allah. 4hb Feb hari Rabu malam, dia ajak keluar makan sama dgn mak dia. Time pergi okay, time balik hampa. Maybe dia patut rasa cemburu sbb aku ternampak ex aku dkat situ. Tapi jujur, aku tak perasan lgsung aku cakap dia handsome. Kalau ada pun, aku mgkin saja nk buat dia jealous. Takdanya yg lain handsome bagi aku, selain dia yg ada dalam hati aku. Bila aku berbual dgn dia, dia tak layan lgsung. Aku cuba tarik muka dia, tapi dia ngelak. Aku salah, tapi aku yg sentap. Aku terasa bila dia ngelak. Sampailah balik tu, dia diam je. Mood aku terus hilang, padahal itu first time aku keluar makan dgn mak dia. Tak lama tu mak dia suruh ambil mak uda dia dkat Restoran Kassim. Dia turun kereta, letak beg mak uda dia dkat bonet. Cara dia tutup bonet, nmpak sngat dia marah. Mak uda masuk kereta, aku terus hulur tangan salam. Mak dia kata "Ni kawan Syafiq" mak uda dia jawab "Tahu, dah nmpak dah tadi dkat belakang" tapi dia diam je weh, mcm aku tak wujud untuk dia dekat situ. Kau rasa tak apa aku rasa waktu tu? :') 

Sampai rumah dia, dia hantar mak dia dgn mak uda dia smua balik dulu then baru hantar aku. Aku sebak, tapi aku still boleh cover. Aku turun kereta, salam mak dia. Aku nk masuk kereta duduk belakang, mak dia suruh duduk depan. Aku hormat mak dia, aku tetap duduk depan walaupun aku tak boleh nak tahan nangis dah waktu tu. Dalam kereta, aku tunggu dia tarik tangan aku. Even aku tahu dia marah, at least tanda dia tunjuk yg aku wujud waktu keluar malam tu. Hakikatnya, langsung takda. Sampai rumah aku, aku hulur tangan nak salam dia. Aku tunggu dia cakap something apa pun yg dia nak cakap, tapi takda juga. Sedih, aku terus turun kereta naik atas. Naik tangga, terus jatuh airmata aku. Aku teringat waktu family aku ajak dia keluar makan sama, aku layan dia baik sangat. Aku jemput dia dkat luar masuk dalam sama, teman dia ambil makan, ambil kan dia air, sampai dia duduk pun aku sebelah dia. Aku ada juga kecil hati sikit sbb time tu dia tak bnyak berbual dgn aku, dia asyik main handphone. Tapi aku buat mcm biasa je, sbb bila dia sudi makan sama dgn family aku, aku dah berterima kasih sngat dkt dia. Aku tak berkira apapun, aku layan dia baik mcam biasa smpai balik. Dia pun happy sangat, aku senang hati. Tapi sedih tak terkata, bila dia tak mampu buat apa yg aku mampu buat untuk dia :')

Semalam, patutnya kita keluar makan sama. Aku belum makan, aku tunggu nk makan dkt luar dgn dia. Kebetulan, aku gaduh dgn budak kelas. Aku baru on wechat, tiba tiba nama aku kena mention. Aku terkejut gila, slow slow aku baca. Tak salah dia nk baca, tapi aku suruh dia sabar. Aku nak pergi topup dulu, on data, lepastu dia nak baca, bacalah. Tak lama tu dia tarik baju, sbb tudung aku nmpak dada. Dia tengking "Mcm ni solat? Pin kau mana bodoh?! Babi lah eh sbb kawan kau buat aku mcm ni, aku tunggu lah sial dari tadi" Ya Allah, padahal dekat rumah tadi aku dah cakap rambut aku basah tunggu kering. Dia sendiri yg kata "Pakai dalam kereta je" Aku pun niatlah nak pakai tudung dalam kereta. Aku serabut sangat, smpai aku terlepas cakap cibai depan dia. Tapi aku lgsung tk tujukan untuk dia, aku tngah marah dkat kawan, aku terlepas cakap sbb tak boleh nk kawal marah. Tak sengaja aku nak buat dia terasa, apa yg aku cakap tu untuk dia. Aku terkejut, dia terus lempang muka aku. Kuat sangat, ya Allah :') Sampai bengkak mata aku. Berdesing telinga, dia tangan pipi aku. Aku tergamam, aku dah tak mampu lagi nk kawal tahap kesabaran aku. Ayah sendiri tak pernah lempang muka aku, ya Allah :') Cukup serba serbi aku selindungkan buruk dia depan mama. Sbb aku tahu, mama dah sayangkan dia mcam anak sendiri. Kalau lah mama tahu perangai dia, mama mesti kecewa sangat. Aku tknak tngok mama sedih lagi :') Dari situlah mula detik pertama dan terakhir segalanya terungkap. Aku tak dapat nk terima kenyataan, gamaknya sbb baran dia buat aku mcamtu. Bru aku faham, berapa jauhnya susah aku nk dapatkan dia yg dulu. Baru aku tahu, dia bukan sebaik apa yg aku sangka. Dia hancurkan perasaan aku untuk berkali kali, dan itulah hadiah terakhir yg dia hadiahkan untuk aku lepas sudah dia tanamkan niat untuk jadikan aku yg halal untuk dia. Segala galanya terungkap, mungkin ada hikmah disebaliknya. Setelah kian lamanya aku bertahan pendam demi dia, ini kebenaran yg aku harus terima. Hati aku mati, aku rebah setidak tidaknya :') Bukan mudah untuk aku maafkan apa yg dia buat pada aku, ya Allah. Hancur smua kenangan yg tercipta, segala janji yg pernah diungkap, niat untuk sebumbung bersama, untuk kekal selamanya, musnah semua harapan dan impian yg aku impikan selamani ya Rabbi :')

Kini aku berdoa, moga dia baik baik saja. Cukuplah setakat ini, aku cuba pertahankan segalanya. Aku tahu, masih ada ramai lagi yg menantikan dia dkat luar sana. Aku tahu, aku tak setanding untuk dia. Aku tak layak untuk jadi yg halal bagi dia. Aku gagal jadi perempuan yg baik dalam hidupnya. Cuma waktu aku dan dia bersama, aku tak pernah putus asa untk terus menjaga hati dan menyayangi dia tak kira dimana, bila bila masa. Terlalu serik untuk aku pulang pada pangkuan asalnya, dgn terkenangkan segala janji yg tak pernah ditunaikan, cukuplah buat aku derita :') Aku redha dgn ketentuan Ilahi, aku percaya dgn takdir. Andai dia bukan milik aku, kau jodohkan lah dia dgn pasangan yg baik ya Allah. Kau sejahterakan lah hidupnya, kau jadikanlah dia seorang lelaki yg lebih baik dari waktu dia bersama dgn aku. Jika kehadiran aku yg bnyak melukakan hatinya, kau pulihkan lah hati dia seperti biasa ya Allah :') Kau tenangkan lah dia waktu dia alami apa apa masalah, kau lindungi lah dia setiap waktu dia celik dan tidur ya Rahman. Kau jagakan lah dia sebagai hamba-Mu, kau kuatkan lah dia untuk pikul smua tanggungjawab yg ada. Amin :')

Dalam kenangan, Muhammad Syafiq B. Azhar ♥