Tuesday, December 30, 2014

Life (Part II)

Sekejap je masa berlalu, esok dah masuk new year 2015. Aku happy sebab termasuk harini, aku dgn dia dah 3 hari tak gaduh. Aku dah mula cuba slow, layan dia mcam dulu. Ya Allah, kau kuatkan lah aku. Walaupun aku masih tak boleh lupakan apa yg pernah jadi, tapi aku cuba tabahkan hati aku untuk setiap hari. Bila aku dah start sekolah nanti, dia pun dah mula study semula. Mesti ada banyak lagi dugaan yg Allah dah aturkan untuk kami berdua. Aku percaya pada takdir. Yang aku harap, aku dan dia kuat untuk hadapi semuanya. Aku cuma takut, kalau dia berubah hati. Sebab aku tahu, hati lelaki lain lain. Jadi apapun, aku belajar untuk buat persediaan dari sekarang. Meskipun aku akan terluka nanti, takpalah kalau itu pilihan dia. 

Andai dia dah mula sukakan yg lain selain aku, aku berharap dia bahagia sentiasa. Aku berharap perempuan selepas aku, akan jaga dia lebih baik daripada aku. Aku sayangkan dia, sayang sangat. Wlaupun dia dah sakitkan hati aku berkali kali, aku tetap ada dgn dia. Kadang aku masih terasa tiap kata apa yg pernah dia lemparkan untuk aku. Kadang aku masih terasa hina atas tiap caci maki daripada mulut dia. Tapi apa yg aku mampu buat? Aku sayangkan dia, jadi aku sabar walaupun aku tak boleh terima. Terus terang, aku masih belum bersedia untuk hilang dia. Sekalipun dia bakal pergi tinggalkan aku kerana silap aku sendiri, aku tetap belum bersedia untuk lihat dia dgn yg lain selain aku. Entah kenapa, aku rasa dia lah teman yg paling rapat dgn aku sekarang. Aku dah selesa dgn dia, dia kenal parents aku, aku kenal parents dia, dia tahu tentang aku, dan aku pun tahu tentang dia.

Andai dia bukan jodoh aku, aku masih tetap mahu jadikan dia sebagai kawan lelaki yg paling rapat dgn aku. Aku selesa berkongsi cerita dan masalah aku dgn dia. Walaupun aku dgn dia belum lagi berkawan terlalu lama, tapi aku selesa bila bercerita dgn dia. Dia pernah cakap "Macam ni ke sayang?" Tiap kali bergaduh, itulah perkataan yg dia tujukan untuk aku. Kau tahu apa? Aku sebak tak terkata bila dia cakap mcamtu. Apa yg dia tahu tentang apa yg aku rasa? Apa guna aku sabar dgn tiap sikap dan karenah dia? Apa yg dia tahu tntang hati yg aku dah korbankan untuk dia? Tak, dia tak nampak. Ya aku mengaku, aku kasar bila dgn dia. Tapi apa yg dia patut tahu, aku bahagia bila ada dgn dia. Aku tak pernah malu ada teman lelaki mcam dia, aku terima segala baik buruk dia. Ya, itu sebab aku sayang. Sayang sangat! Andaikan dia tahu, tiap kali dia sakit, aku lah perempuan yg paling risau waktu tu. Pernah dia kata, aku tak pedulikan dia. Ya Allah, aku sebak dan aku cuma terdiam bila dia cakap mcamtu. Siapa kata aku tak peduli? Bila dia mengadu sakit, aku cuma mampu suruh dia berehat dan makan ubat. Sebab apa? Sebab aku jauh, aku tak dapat nk datang sana untuk teman dia. Kalau aku dekat dgn dia, dah lama aku jaga dia. Tapi aku rela bila dia cakap mcamtu, asalkan dia tak tahu risaunya aku bila dengar dia sakit dan tak tahu aku menangis sebab terlalu takut untuk hilang dia. Sebak, tapi aku terima :')

Ya Tuhan, tiap kali aku tengok muka dia, aku jadi sedih. Bukan sedih sebab aku terluka, tapi sedih sebab aku bersyukur adanya dia dalam hidup aku. Aku tak pernah jangka yg aku dapat ubah cara hidup dia, tapi aku tak pernah letih untuk cuba. Aku selalu bayangkan, andai satu hari nanti dia mula berhenti untuk sayangkan aku. Aku tak mampu untuk tengok dia dgn yg lain. Aku tak kuat untuk terima kenyataan, dia bakal jadi milik yg lain. Apapun aku berharap bila masuk tahun baru, semuanya bakal jadi yg baru. Aku harap, semuanya akan jadi yg lebih baik. Aku sayangkan dia, kemana pun aku pergi. Aku harap dia tahu dan ingat satu hal tu. Jagakan dia untuk aku, Tuhan. Bismillah.