Wednesday, December 17, 2014

Sayang....

Alhamdulillah, setakat ni aku rasa bahagia. Tentang derita, kadang aku ketepikan. Orang kata kalau kita percaya lepas hujan ada pelangi, mesti percaya kalau lepas derita akan ada bahagia. Aku masih mampu ketawa, walau hati selalu kecewa. Sejujurnya aku letih, dengan hidup yg penuh dengan lakonan duniawi. Tapi apa yg aku mampu, teruskan langkah hari demi hari untuk hidup sendiri. Bukan mudah untuk kita dapatkan orang yg tahu menghargai diri kita. Disayangi lebih baik dari menyayangi. Sebaliknya, semua orang juga ingin dirinya disayangi. Ya Tuhan, hadiah apa yg kau berikan untuk aku ini? Terlalu dekat hati aku untuk menjaganya dgn baik, dan menyayangi dgn sepenuh hati. Cuma kau yg tahu, aku terlalu menghargai dia yg istimewa untuk aku. Kadang, aku rindu masa silam aku. Menjadi seorang yg kuat menanggung dlm pelbagai rintangan. Sejujurnya, aku tak mampu untuk teruskan dlm menghadapi sikapnya tiap hari. Sungguh, aku kalah. Apakan daya, sayang dlm hati ni terlalu kuat untuk aku melepaskannya pergi.

Ya Tuhan, harapan aku terlalu tinggi untuk biarkan dia menjaga dan memahami aku dgn baik. Aku tahu, aku bukanlah seorang perempuan yg cukup sempurna akhlaknya. Aku masih terasa, waktu dia bezakan aku dgn yg lain. Tuhan, apakah dia sedar aku yg berusaha untuk terus kuat menyayanginya berbanding yg lain? Aku terasa, aku terlalu teruk untuk dia. Kecewa tak terkata. Sedang aku selalu tinggikan dia berbanding yg lain, tapi dia rendahkan aku daripada yg lain. Mungkin untuk dia, itu perkara biasa. Tapi sbgai seorang perempuan yg juga ada hati dan perasaan, aku terasa. Bagi aku, tak salah kalau nak bergurau. Kadang kadang terasa, aku masih lagi boleh terima. Kalau dah selalu terasa, sakit rasa dia. Sebab tu, aku jadi terlalu sensitif. Apa yg dia cakap, kadang senang buat aku menangis. Entah lah, mungkin sbb he's mine. Dia yg paling rapat dgn aku, aku sayang dia, on thats why aku cepat terasa apa yg dia kata. Sampai satu tahap tahan rasa sebak, memang betul betul menangis. Why? Because he will never knows, tiap kali dia lebihkan perempuan lain, aku selalu bandingkan diri aku sendiri dgn yg lain. Aku tengok apa yg kurangnya aku, dgn yg lain. Then tears will fallen slowly. I know, I'm not perfect. But I'm his girlfriend, knp mesti dia lebihkan yg lain? So I try to remind myself, dia mampu cari yg lebih better daripada aku. 

Aku sedar, I always do mistake. Ya Allah, I don't know how to explain yg hati aku dah hancur gila. Imagine. Dari awal lagi, dia dah buat salah yg besar bagi aku. Why? Sebab yg dia buat tu, belakang aku. Got to many times, I gave him a chances. Even aku bnyak buat silap, aku still bagi dia peluang. Sedangkan, dia lempar mcam mcam kata untuk aku. Sampai aku rasa, aku tk layak dan aku patut pergi. Sampai aku rasa, aku sedar aku yg baru nak rapat dgn dia dan baru nk kenal siapa dia. Mungkin belum masanya dia tahu, aku yg bnyak kalis seribu satu luka dihati. Ada masa, aku nk luahkan semua yg aku rasa. Tapi untuk aku, tak penting untuk dia tahu. Bagi aku, biarlah apapun dia nk kata tentang aku. Sakit aku, kecewa, sedih aku, biarlah aku sendiri yg rasa. Sekalipun aku luahkan pada dia, smpai bila bila pun dia takkan dapat rasa yg sama dgn apa yg aku rasa. So I choose to act like nothing happened, I choose to forgive & forget. Siapa kata senang? Walaupun aku dah buat mcamtu, kadang masih terkenang kenang. Lepastu menangis sendiri. Orang cakap senanglah "lepaskan jelah, ramai lagi yg lain tunggu kau" Then kau ingat senang ke nak sayang orang baru dlm hidup ni? Nak kena kenal hati budi dia apa semua. And I'm not the type of that girl. Once aku kata sayang, aku tetap akan sayang tak kira apapun. But once aku dah move on, aku dah mula paksa diri untuk malas nk ambil tahu smuanya, I'll build a new life & we will never getback. Never.

Big thank to Allah, sbb parents aku boleh terima dia. Aku rasa selesa, sbb parents aku dah kenal dia. Pernah aku berharap, dia akan jadi lelaki yg lebih baik daripada lelaki yg aku pernah rapat. Tapi bila dia start maki aku, harapan aku hancur mcm air mengalir senang mcam tu je. Waktu tu aku rasa mcam dalam mimpi. Aku rasa mcam, eh seriously dia maki aku? Dia ke? Maki aku? Gf sendiri? Ya Allah, terus terang hati aku terlerai mcam tu je. Bila pinggan kaca dah pecah, boleh kau sambung balik jadi yg asal? So now u know the answer. It hurts. Tapi aku kuatkan hati, nak terus stay dalam relationship ni. Then dia maki aku lagi, lagi, dan lagi. Aku masih lagi rasa mcam tak percaya je dia senang maki aku. Sebab aku teringat waktu aku rapat dgn dia, dia lah yg selalu buat aku ketawa. Senang cakap, sekalipun dia tak pernah buat aku menangis. Bila aku sedih, aku cari dia. Automatic aku senang ketawa. Sampai aku rasa, untungnya siapa yg dapat jadi gf dia. Tapi waktu tu aku sedar, aku tak mungkin jadi gf dia. Dia baik, mesti ramai yg nak. So I dont mind, aku buat biasa biasa je dgn dia even time tu aku dah start sukakan cara layanan dia. Then when aku dah jadi gf dia, on first time dia buat aku menangis, aku kecewa gila. Aku tak sangka, dia yg selalu buat aku ketawa, sekarang dia buat aku kecewa. I try to be strong, aku diamkan dan aku dengar apa yg dia cakap tu sampai habis. To be honest, too deeply to handle. Memang terasa hina gila.

Tapi takpalah sbb for the first time, aku rasa semua orang layak dapat peluang kedua. Sampai dia lukakan hati aku berkali kali, aku tetap bagi dia peluang. Pernah aku rasa, hati aku kosong. Sebab dah bnyak kali bagi peluang, tapi tak digunakan dgn baik, so I feel lose. Until one day, dia kata dia dah bnyak sabar dgn aku. Dia kata memang dia nk cari lain sbb aku layan dia mcam sial, dia sendiri kata dia boleh cari yg lebih baik, dia kata perempuan lain lagi lembut daripada aku, dengar cakap dia, dia kata aku tak pernah habiskan masa dgn dia, dia kata aku lebihkan kawan, dia marah aku ikut hati kepala sendiri, dia maki aku ikut bila bila masa dia suka. Hakikatnya, aku masih bertahan dalam relationship ni. Sampaikan aku sanggup tunggu, dia berubah jadi yg dulu. Siang malam aku menangis, aku rindukan dia yg dulu. Aku sabar layan karenah dia, aku layankan je apa yg dia kata. Now I tell u, belum cukup ke semua ni untuk dia? Ada yg kurang? Apalagi yg tak cukup? Jelaskan, aku nak tahu apa lagi kurangnya aku selama disisi dia. 

Tiap kali aku tengok dia titiskan airmata, aku kalah. Walaupun hakikatnya aku yg bnyak terluka, tapi aku tak kental bila tengok airmata dia walau setitis. Cuma kadang aku tak mampu tunjuk yg aku kalah bila depan dia. Dalam hati aku, cuma mampu tadahkan doa pada Tuhan. Aku berdoa, moga moga Tuhan menjagakan lelaki yg di depan mata ini untuk aku setiap hari. Sekalipun dia dah hancurkan hati aku, aku merayu pada Tuhan, moga lelaki yg pernah bahagiakan aku selama ni, kuat dalam hidupnya sentiasa dan bahagia. Aku jadi senang bila tengok dia ketawa. Bila aku tengok dia ketawa, jadi hilang semua sedih aku untuk seketika. Aku nak dia tahu, dia lah teman lelaki yg bnyak aku habiskan masa bersama. Sebelum dia, aku bnyak habiskan masa dgn kawan. Aku jadi terasa bila dia sound aku lebihkan kawan daripada dia. Tapi mungkin dia belum nampak semuanya, sebab dia tak tahu lagi sepenuhnya kisah silam aku. Aku cuma harap dia nampak, aku lebih suka bila dgn dia berbanding yg lain termasuk kawan kawan aku. Bila dgn dia, aku jadi selesa. Jadi aku nak dia faham, dia lah segalanya untuk aku. Dia lah kawan, dia lah teman, dia lah musuh, tempat bergurau, tempat mengadu, & semuanya dia. Cuma susah untuk dia mendalami apa yg aku maksudkan. Kadang aku teringin, nak jadikan dia memang segalanya bila berdua. Maksud aku, tanpa apa apa yg buatkan hati terasa. Jadi, semuanya akan nampak lebih istimewa. Akan rasa, lebih bahagia. Itu maksud aku.

Aku jadi sebak bila tiap kali dia berbual tentang "Nikah." Itu bukan hal yg biasa, tapi itulah yg paling manis dalam dunia. Dia nampak bahagia bila berbual tentang rumah tangga. Tapi aku berserah pada Tuhan. Andai kata dia jodoh aku, aku berdoa supaya Allah terus lindungi dia dimana mana. Andai kata dia bukan jodoh aku, aku berdoa supaya dia ditemukan dgn orang yg mampu menjaga dia dgn lebih sempurna. Aku bakal cuba sebaik baiknya untuk dia selagi aku masih berjasad. Berkali kalipun dia melukakan hati, doa aku untuk hidup dia takkan pernah terputus. Aku tak pernah terlintas, untuk berdendam. Kadang aku cuba bahagiakan diri sendiri, tiap kali aku rasa kecewa. Aku cuma nak rasa, dia terima baik buruk aku mcam mana aku cuba untuk terima baik buruk dia. Aku cuma nak dia terus sabar layan sikap aku, mcam mana aku selalu sabar layan sikap dia. Aku cuma nak rasa, dia hilangkan semua rasa kecewa yg pernah ada. Teringin, sangat. Cuma aku tak mampu nk luahkan, sakit dgn silap yg dia pernah buat tu masih terasa. Masih aku kenang sampai sekarang. Aku masih tak boleh terima, kenapa dia buat aku mcam tu. Aku tak kuat, hati aku entah nk ungkapkan rasa yg mcam mana. Cuma, sayang tu masih ada. Kalau dia betul sayang, mungkin dia bakal tahu dan faham. Jadi, aku biarkan. Mungkin ini juga peluang terakhir untuk diri aku sendiri, hadapi semuanya. Aku dah tak mampu nak tanggung rasa sedih hati, perit sakitkan diri. Aku harap akan ada masanya, dia berjaya menaruh hati. Andai dia berputus asa, bermakna dia lebih memilih untuk pergi. 

Sayang, sejahtera bertakhta dihati. 
Muhammad Syafiq Bin Azhar.