Tuesday, September 30, 2014

All gone :')

Ya Allah, terima kasih kerana engkau masih berikan aku kesempatan untk terus bernafas. Ya Allah, kenapa terlalu berat dugaan yg kau berikan pada aku? Terlalu istimewa hadiah yg engkau telah berikan untk aku. Seorang lelaki, yg menjadi alasan aku ketawa dan sedih sepanjang hari. Tidak ternilai sayangnya aku pada dia. Aku bersyukur kerana dapat memiliki dia dalam hidup aku walaupun aku tidak tahu sampai bila aku akan terus bersamanya. Aku tahu, kau pasti tahu tiap apa yg aku lalui sepanjang masa, ya Allah. Cuma engkau yg memahami segala rasa dalam hati ini. Kau tahu betapa sakitnya aku menanggung segala derita selama ini. Aku redha, aku cuba terima dgn hati yg terbuka jika semua dugaan ini yg membuatkan aku lebih bertahan untk teruskan kehidupan hingga ke hari ini.

Ya Allah, ampunkan aku andai tidak mampu menjaganya dgn baik. Maafkan aku kerana tak dapat jadi yg sempurna untuknya. Aku sudah tidak bermaya, aku lelah dgn semuanya. Aku tidak tahu ingin memulakan dari mana, aku sendiri tidak faham tentang apa yg aku rasa. Yg aku tahu, cuma belajar bersabar untk terus menyayangi dirinya. Andai kata aku bakal pergi lebih awal darinya, kau jagakan lah dia untukku ya Allah. Sungguh dalam hati aku, tiada lelaki lain yg aku cintai selain dia. Maafkan aku kerana tak dapat meluahkan seribu satu perasaan sayang yg aku simpan jauh dalam sudut hati ini untuknya. Maafkan aku kerana tak dapat jadi apa yg dia inginkan. Aku sedar, aku tidak layak untuknya. Apakan daya, hati tetap mahu untk terus ada disisinya. Ya Allah, kenapa aku rebah disaat dia mula berubah? Apakah ini permulaan untk aku terus merasai kebahagiaan yg baru bersamanya ya Allah? :')

Hari demi hari, aku cuba untk terus kuat hadapi dia. Aku mula perasan, cara layanan dia mula berubah. Atau ianya cuma mainan perasaan aku? :') Aku terlalu rindukan dia yg awalnya. Dia yg tak pernah putus asa ukirkan satu senyuman dibibir aku. Dia yg tak pernah mengeluh melayan karenah aku. Dia yg selalu cuba memahami sikap aku. Dia yg tidak pernah meninggikan suara dgn aku. Dia yg tak pernah berani berkasar dgn aku, dan aku rindukan segala-galanya tentang dia ya Allah. Aku tidak tahu mcm mana untk luahkan pada dia, aku betul betul rindukan dia yg dulu. Tak pernah lupa, waktu awal perkenalan aku dan dia. Rindu, rindu tak terkata. Aku tak rasa sikit janggal pun waktu tu, aku rasa mcm dah lama sngat kenal dia. Aku rasa selesa, mcm dah lama aku berbual dgn dia. Waktu tu, cuma dia yg selalu buat aku ketawa sepanjang masa. Aku rindu cara layanan dia yg dulu, ya Tuhan. Kerana sikap baiknya, hati aku mula rasa suka. Tak pernah aku duga, dia akan jadi separuh bahagian dari hidup aku. Tak pernah aku sangka, yg aku mampu menyayangi dia. Aku cuma berharap, dia yg terakhirnya. Aku letih dgn permainan hidup, jadi biarlah engkau saja yg aturkan segalanya ya Allah. Aku cuma mampu cuba untk menerimanya dgn rela :')

Sukar untk aku ungkapkan, aku belum bersedia untk kehilangan dia. Aku takut, terlalu takut andai dia bawa dirinya jauh dariku ya Allah. Sebak dada, bila fikirkan segalanya tentang dia. Aku rindu dia yg selalu buat aku ketawa. Aku rindu tiap tutur bicaranya yg sopan, tiap gurauan manjanya, tiap pujuk rayunya, tiap cara dia balikkan semangat dalam hidup aku, dan semuanya. Dulu, aku rasa dekat sngat dgn dia. Dia selalu ada dgn aku tak kira waktu, tiap saat. Dia faham apa yg aku mahukan, bahkan apa yg aku rasakan juga dia sngat memahami. Skrg, semuanya berubah. Perlahan-lahan, semuanya hilang dari pandangan. Mungkin belum masanya dia faham apa yg aku rasakan. Aku cuma mengharapkan, dia mampu menjaga dirinya tak kira waktu. Aku tak mahu apa-apa benda buruk yg terjadi pada dia. Engkau lindungi lah dia sepertimana engkau lindungi aku, ya Allah :') Dulu, tiap waktu aku dapat call. Whatsapp tak pernah lepas, morning/night wish, tanyakan baik sakit, dan semuanya. Aku masih tertanya, mana pergi hilangnya semua tu? Dia mula pertikaikan tentang setia aku pada dia. Andai kata dia tahu bukan senang untk aku kawal perasaan aku bila kau uji temukan aku dgn yg lain, pasti dia memahami. Andai kata dia tahu bukan senang untk aku jujur dgn sifat barannya, pasti dia mengerti. 

Terasa hina, bila dia mula maki dan pertikaikan segalanya. Kadang tertanya, siapa aku pada dia? Besar mana sayang dia pada aku? Besar mana silap aku pada dia? Atau aku yg terlalu teruk untknya? :') Perit rasa hati untk aku terima apa yg dia ucap tiap satu kata kesat untk aku. Tiap hari aku cuba kawal diri untk anggap saja itu perkataan yg sudah biasa  aku dengar walau kadangnya agak sukar. Tiap hari aku cuba untk jadi yg terbaik untk dia, untk cuba balikkan dia yg dulu juga. Atau dia yg masih tak perasan semua tu? Tuhan, apa lagi yg harus aku lakukan untuknya? :') Sungguh, aku sngat menyayanginya. Tapi kenapa baru skrg aku rasa jauh darinya? Knp aku rasa dia dah mula hilang dari pandangan aku? Knp aku mula rasa sayang dia pada aku sudah mula tiada? Ya Allah, petanda apakah yg engkau berikan ini? Kuatkanlah aku untk teruskan langkah tiap hari, untk hadapi dia dgn sepenuh hati. Tak pernah aku tipu, aku masih perlukan dia. Aku akui, aku perlukan dia yg awalnya. Semangat aku untk terus hidup mula pudar sejak dia mula berubah. Aku merayu, kau bantulah aku. Kau balikkan lah semangat dalam hidupku ya Allah :')

                                                                               SYAFIQ AZHAR ♥