Thursday, April 28, 2016

Bismillah...

Counting the day by day, dah tak lama dah nak pergi sambung study. Saat-saat akhir sebelum pergi ni lah macam macam perasaan yg datang. Mostly rasa sedih bila fikirkan orang orang tersayang. Rasa tak sedia lagi nak jauh dgn family. Selalu duduk rumah mulut aku lah paling bising suka sakat adik adik, sakat mama. Selalu cuba nak buat diorang happy. Bila tengok diorang ketawa, hati rasa bahagia. Kata orang, even benda kecil pun boleh jadi bermakna bila semua tu dah tak ada. Lepas habis sekolah, semua buat haluan masing-masing. Kawan kawan semeja sekepala dah hilang dari radar, semua busy mengejar kerjaya masing-masing. Harapnya, tak ada yg terhenti disimpang jalan. Dulu time sekolah semua sungguh-sungguh nak kejar masa depan. Semoga semua yg mereka hajatkan tercapai, amin. Aku? Teringin nak habiskan belajar selagi mampu. Even aku takdalah pandai mana, tapi hasrat nak banggakan mama ayah tu still ada. Tiap kali tengok orang lain berjaya, aku rasa bestnya kalau aku dapat rasa dekat tempat diorang. Kata orang, usaha lebih dapatlah lebih. Rezeki Allah swt tu luas. Kita sebagai Hamba, kena berusaha dan jangan pernah putus asa. 

Dulu masa arwah Tok Mak masih ada, dia selalu pesan "Nanti dah besar belajar sungguh-sungguh tau? Tolong mama ayah." Masa arwah meninggal, aku rasa sebak sangat. Sebab masa arwah masih hidup, aku suka sangat balik kampung. Dia sambut aku dgn hati yg senang. Dia selalu masakkan masakan favourite aku. Waktu dia tengah masak kat dapur, aku suka jenguk dia. Banyak cerita dia berbual dgn aku. Sambil sambil tu, aku tolonglah apa yg patut. Kadang dia selalu ajak aku pergi pasar, teman dia beli lauk. Paling tak boleh lupa, dia selalu belikan aku chocolate. Waktu Hari Raya Aidiladha, dia buatkan kuih ros. Dia kata "Awak kan suka kuih tu, tokmak buatkan lah." Malam malam mesti baca yassin sama-sama. Kata kata dia tak pernah aku lupa sampai harini. Arwah Tok Mak meninggal sebab terkena sakit stroke. Masa dia dapat sakit tu, kampung tu dah tak semeriah selalu. Aku rindu suara dia, dan suasana kampung masa arwah masih sihat. Arwah Tok Ayah pula meninggal sebab tersalah makan. Sebelum arwah dikebumikan, wajah dia nampak tersenyum. Semoga Allah swt tempatkan arwah atok dikalangan orang-orang yg beriman. Amin. Kalau arwah masih hidup, tiap kali balik kampung mesti dengar dia sambut dari pintu depan "Cucu Tok Ayah dah balik ya nak, meh naik nak meh." Jarang aku tak rindu kedua-duanya. Jasad mereka sentiasa dalam hati, pesanan mereka sentiasa aku semat didada sebagai pedoman. Semoga mereka sentiasa dalam rahmat Allah swt sentiasa, amin ya rabbal alamin. Al-fatihah.

Keluarga adalah terbesar dalam hidup aku. Tanpa keluarga, hidup aku tak sempurna. Pengorbanan mama dan ayah sentiasa bermain pada pandangan mata aku. Setiap kali nak minta diorang duit, mesti rasa serba salah. Tapi syukurlah bila makin dewasa, aku makin faham tentang susahnya parents kerja untuk cari duit demi keluarga. Kadang dalam sehari, duit belanja makan jimat-jimatlah. Syukur juga aku ni jenis yg tak kuat makan. Diorang banyak tanggung kos belajar. Tambah lagi nak sambung belajar ke tempat lain, kos beribu ringgit akan habis. Entah kenapa setiap hari aku takutkan andai aku tak mampu nak balas jasa mereka semula. Apapun, aku akan terus cuba dengan gigih. Senyuman yg terukir tanda kebanggaan mereka terhadap aku adalah satu hadiah bagi aku. Aku sentiasa tekad untuk tinggalkan apa saja yg mampu buat mama ayah kecewa. Segala sedih yg aku rasa, aku pendam demi mereka tak susah hati. Semoga kejayaan aku dipermudahkan di dunia dan di akhirat. Semoga Allah swt berikan aku petunjuk ke jalan yg benar, kerana sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui segala yg meliputi di langit dan di bumi. Semoga juga Allah swt sentiasa berikan aku pedoman agar terus menjadi seorang wanita yg dirahmati Allah swt. Amin ya rabbal alamin.